05 August 2017

Sabtu-day Shopping

Alhamdulillah semalam 4hb dah gaji. Hari paling awal dalam sejarah, gaji dah masuk bank. Sampaikan malam tu, ada budak opis wasap tanya... dah gaji ke? Terkejut tengok amount dalam bank, awal pulak...

Budak HR ada bagitau yang gaji akan release semalam. Tapi aku dah malas amilk port sebab kadang2 tak masuk jugak macam yang dia cakap. Semua atas kuasa account dept. Kalau acc dept lambat transfer, lambat la dapat. Company tak besar, diorang tak ada sistem auto deduct.

So.. dah gaji. Niat nak sedekah kat anak2 termasuk anak bulu sekor. Awal2 dah plan, bulan ni nak belikan cat food dengan cat litter. Tapi sebelum tu aku double check dulu la, siapa bayar fee taska anak2 ni... aku ke zuel? Hehehe.

Kitorang memang habit suka keluar pagi2 especially kalau nak pegi mall. Tapi hari ni bukan nak shopping barang dapur. Just keluar nak pegi daiso, makan, dan nak ambil frame gambar raya. Lepas tu baru aku ajak zuel beli benda2 yang aku nak beli pulak..

Cat food & cat litter.
Zuel cakap... kan ada lagi kat rumah? Aku jawab... beli je, takut habis time belum sempat gaji... macam ni la orang keje makan gaji... kena atur belanja heee

Mula2 kutip budak bulus ni, kurus kering... aku pun dok refresh balik pasal benda basic nak bela kucing. Bagi aku, bela kucing ni lebih kurang macam bela anak. Bukan bela anak patung, bila suka kau amik, dah bosan, kau buang. Wyna namakan kucing tu DORY. Tapi bila aku bawak register untuk vaksin, aku bagi eja DOREE haha. Janji bunyi lebih kurang sudah.

Awal2 dulu aku cuba la toilet train budak ni. Tapi susah. Kejap ok, kejap pi berak kat tilam. 3 kali, 3 tilam lain2 dia berakkan. Menambah rencah aku nak merempan (masa tu laa)... mood dah sedia swing, kena layan taik kucing berak sepah lagi pulak laa kan...

Then kitorang decide pakai pasir kucing since aku assume si Doree ni dah sedap berak atas pasir. Lagipun teruk betul bau jamban aku kalau dia berak kat jamban. Nak basuh satu hal. Aku pilihkan pasir ikut suggestion promoter Global Pet. Aku nak yang jenis clumping. Masa bela kucing dulu, situ la Vet Clinic yang aku suka pegi. Nasib baik membership masih hidup.

Umpama orang ngantuk di-offer tilam, aku bubuh je pasir dalam litterbox tu, datang si Doree terus elok dia kencingkan. Terus bergumpal. Terus tunjuk kat zuel macamana reaksi pasir ni bila ada taik atau air kencing. Ajar macamana nak scoop dan bersihkan.

Sejak tu amanlah bau rumah, Doree pun tak berak bersepah lagi. Mak pun ceria hahaha... Untuk bantuan mengurangkan bau taik kucing sepelantung, aku sponsor la premium cat food - brand Blackwood. Ini brand yang aku bagi kat kucing2 aku dulu. Aku rasa ni je premium cat food paling mampu milik... kalau ada suggestion lain, sila tinggalkan komen korang...

Lepas beli keperluan Doree, aku ajak pegi kedai basikal. Niat nak beli basikal untuk Syahmi. Hari tu sembang ngan jiran sebelah, anak dia baru beli basikal (tapi saiz besar la) Dia cakap ada satu kedai basikal kat taman u, harga murah2.

Kemain suka syahmi dapat basikal, sejam lebih main je tak turun2... penampakan anak bulu kat belakang...

Then last place... singgah kedai baby beli pempers. Alhamdulillah anak aku jenis pakai apa brand pampers pun ok je. So aku just bole review dari segi kualiti dan harga je laa...

Kedai yang aku selalu pegi.
Since syahmi dah besar sikit ni... aku pilih pempers murah2 je. Aku pernah beli brand Giant. Ok je, macam kualiti pempers Tesco. Asalkan pempers jenis kain la. Still ada yang jual pempers plastik tu...

Kalau masuk kedai baby ni, aku pilih pempers yang murah, tapi ok. Not too good but not too bad. Selalunya aku beli Fitti tape pek paling besar, harga dalam RM24 ke RM26 macam tu.. lebih kurang harga pempers Giant or Tesco.

Then aku rasa nak try pakaikan pants pulak. Harga pempers jenis pants ni mahal sikitlah. So kat kedai tu, kalau compare dengan pempers pants brand lain, paling murah is Huggies Dry Pants. Last month, aku beli satu pek besar untuk try. Anak2 aku tak pernah try stick dengan huggies ni... pernah guna sample je dulu...

Nampak label kat bawah kiri tu... diuji secara klinikal untuk membantu mengelakkan ruam lampin... so kalau anak yang selalu mudah ruam lampin tu maybe bole try kot? Harga pek besar RM27.50... saiz M 60+6... aku happy je dengan kualiti Huggies Pants ni. So stick dengan pempers ni selagi harganya murah.. haha.

Last... beli botol susu pureen dengan puting satu set untuk Syahmi. Malas beli puting avent dah, Syahmi buat kunyah je. Seminggu bagi puting baru, dah koyak. Pakai botol puting murah je sudah. Awak pun dah nak 2 tahun tak lama lagi...

No comments:

Post a Comment