01 August 2017

Perempuan

pagi ni aku tak breakfast, just minum choco malt brand ape ntah kat pantry dan the last 3 pieces bangkit cheese atas meja. selalu lepas period aku kurang rasa lapar. lepas ni nak makan kalau lapar je. takde selera, tak lapar sangat, tak payahlah makan.

selain pagi2 ni isu pasal orang perempuan ni ikut mana pun akan banyak dipersalahkan.. like, 

- laki kena caras pun salah bini tak pandai jaga laki
- salah perempuan pencaras sebab suka kebas laki orang... 
- kalau anak kurang adab pun salah mak tak didik
- anak lapar pun salah mak tak kasi makan, kalau laki tak kasi bini cukup makan, takde pun nak disalahkan laki
- salahkan bini jugak meminta lebih dari kemampuan laki, salah bini tak menerima kekurangan laki
- kena cerai salah tu salah perempuan juga
- kawin sebaik habis edah dikata perempuan janda garit, kalau duda kawin cepat2 lepas cerai tu sebab dia perlukan suri nak jaga makan pakai... puihhh

ok la.. bosan. bukan tu nak cakap. aku baru baca review pasal lipstik kat blog sebelah.
orang perempuan ni dari segi imej tu, satu benda kena ada banyak variasi.

baju / kasut / handbag / perfume.. aku rasa ni yang basic, tapi mesti kena ada setiap satu :
- untuk kerja
- untuk jalan2
- untuk special event macam kenduri kawin
- untuk pakai kat rumah
- untuk pegi kedai / pasar malam

lelaki? contoh, kalau baju tu, hampir bole pakai untuk semua situasi. macam baju t-shirt berkolar. pegi keje, jalan, kenduri kawin, pegi pasar malam, pakai kat rumah pun semua bole je dengan tshirt tu. 

kasut? 2 atau 3 jenis je. kasut formal, sandal dan casual. ni kalau lelaki biasa la. kalau lelaki jenis metrosexsual tu maybe satu almari jugak ler dia punya kasut.

cuba kasut orang perempuan?
selipar, sandal, sport shoes, casual, kasut heels, kasut kerja.. itu belum lagi kasut kerja terbahagi kepada beberapa jenis... ni kalau huraikan lagi panjang cerita. oklah, nak sambung kerja, sambil berangan karang lunch nak makan apa...

2 comments:

  1. Akak selipar nak ke Tesco pun ada 5 pasang. Paling best beli selipar yg sama, warna je lain. Sebab tak tau kenapa dan nak pakai ikut mood. Selain tu kena fikir pulak, kalau jalan mall pakai kasut apa.. nak shopping raya kat jalan tar pakai kasut apa .. .kahkahkah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah perempuan. saya pun lebih kurang je kak =))

      Delete