24 July 2017

NASIHAT BUAT PASANGAN YANG DAH BERKAHWIN

Sebuah perkahwinan itu bukan mengenai AKU.

Clichè. Memanglah bukan mengenai AKU. Tapi ia mengenai AKU dan KAU.

Berapa ramai orang yang mendabik dada mencanang cinta yang takkan mati, cinta aku dan kau, walhal kehidupan dalam rumah tangganya hanya berkisar tentang AKU.

"Aku ke je yang buat keje. Dia balik-balik terus tidur rehat. Ingat aku kuli ke?"

"Dia ni tak memahami aku. Asyik aku je yang mengalah, dia asyik nak menang je!"

"Awak tak pernah tukar pampers anak, asyik aku je yang buat! Awak ni pasangan yang teruk!"

Ayat-ayat clichè selepas beberapa tahun berkahwin.

Bahkan, wujud juga pasangan yang meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada pasangannya di Media sosial. Apakah semua ini? Seolah membuka aib pasangan di khalayak umum. Mengapa perlu sebegitu.

Mungkin kita lupa, bahawa kita berkahwin dengan manusia, bukan malaikat..

Mungkin juga kita lupa;

"Sebaik-baik kalian adalah mereka yang paling baik terhadap isteri dan aku adalah yang terbaik diantara kalian terhadap isteriku." ( HR. Tirmizi)

Dan..

“Mahukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, iaitu isteri solehah yang bila dipandang akan menyenangkannya, bila diperintah, akan menaatinya, dan bila dia pergi si isteri ini akan menjaga dirinya..”
(HR. Abu Dawud)

Terlalu ramai yang lupa status dirinya dalam sesebuah perkahwinan.

Isteri lupa untuk tunduk dan taat pada suaminya.

Dan suami lupa untuk mengasihi dan berbuat baik pada isterinya.

Kebahagiaan sesebuah perkahwinan itu bukan diukur dari hebatnya puitis dan swafoto/selfie mesra di alam maya.

Bukan juga diukur dari gahnya harta dan berapa banyak bilangan negara yang telah dilawati.

Malah jauh sekali diukur dengan berapa banyak 'like' dan 'follower'..

Mawaddah(cinta) wa rahmah(kasih sayang) yang sebenar adalah apabila si suami merendahkan ego dan menghargai serta membantu sang isteri dalam hal rumah.

Juga apabila sang isteri menjaga lisan dari biadap dan mengeluh kesah dan membanting tulang menguruskan rumah dan keluarga.

Juga apabila saling bantu membantu menegakkan kalimah Allah, berhempas pulas mengajak manusia kepada Allah, serta saling memberi semangat pabila salah satu pasangan sedang futur dan putus asa.

Kerana yakin dengan janji Allah bahawa syurga itulah satu-satunya tempat beristirehat.

Mana mungkin dunia ini menawarkan kerehatan dan kemanisan setiap masa!

Itulah ketenangan.
Itulah kasih sayang.
Dan, itulah keberkatan...

Jangan sia-siakan sesebuah ikatan halal hanya kerana hal picisan dan emosi. Kerna syurga menanti mereka yang sabar dan bersyukur!

copy & paste : SUMBER

No comments:

Post a Comment