12 July 2017

GOV vs PTE

Antara topik yang selalu jadi perbandingan ialah sektor kerajaan atau sektor swasta. Aku nak list down beberapa anggapan orang2 yang aku jumpa tentang Gov vs Pte

Hospital gov vs hospital private
- Yang ni paling banyak. Kadang2 pendapat dia based on orang2 keliling dia. Yang ada ramai pengguna hosp gov akan pro gov. Yang ada pengalaman buruk tentang hosp gov akan serik nak pegi lagi. Macam tu jugak yang berpengalaman baik atau buruk dengan hosp swasta. Aku kadang dah malas nak komen. Yerkan ajerlah komen diorang. Lagipun aku pernah guna hospital cuma masa beranak je. So tak adil untuk bagi pendapat untuk keseluruhan perkhidmatan.

Tadika gov vs tadika private
- Tadika gov tak bagus, better hantar swasta.
kang aku tulis kat bawah

Sekolah gov vs sekolah private
- Yang hantar swasta dicop kaya.
Jarang orang compare (dalam circle aku) sebab memang orang berkemampuan je hantar ke international private school. Yuran setahun bole cecah berbelas ribu. Kawan dengan anak2 foreigner saja. Kalau private school yang bukan international pulak, ada yang kurang popular, tak tahu macamana keadaan dan silibus sekolah tu. But yuran still beratus setiap bulan. Cuma tak semua betul2 kaya mewah macam parents dari International Pte School, cuma sure la bukan yang layak dapat BR1M =)).

Uni kerajaan vs Uni private
- Kau bodoh pun bole dapat degree kalau sambung kat uni swasta.
Yang pegi swasta semua bukan pandai, kalau berduit, bole sambung belajar even result SPM tak cemerlang pun. Padahal... Uni kerajaan tu perlukan student yang betul2 cemerlang sebab gov yang akan tanggung sebahagian kos student tu. Tempat pun terhad. Dah kalau gov bukak peluang pada budak2 yang kurang cemerlang jugak, mana muatnyaa... tapi gov ada sediakan kolej / institut kemahiran bagi budak2 yang kurang cemerlang nak sambung study tapi tak mampu nak pegi ke uni swasta. Satu lagi, kalau grad dari uni giv ni senang nak dapat kerja dalam gov jugak.

Member aku student cemerlang dari UNISEL, terus tak payah bayar PTPTN. aku tak sure la unisel yang bayarkan kat PTPTN or PTPTN taja pinjaman dia. 

Kerja kerajaan vs kerja private
- Alasan klise, lebih terjamin, stabil. Banyak benefit.
Aku takde komen. Haha. Tapi kat kejiranan aku ramai kerja gov. Aku bukan malu dengan jawatan. Cuma segan dengan siapa aku bekerja. Yelah. Ai kerja company ntah apa nama. Sedangkan company zuel pun ramai tak tahu, apa lagi aku. Haha. Padahal gaji lebih kurang je ngan diorang. Ada yang kerja takat gred N17 saja pun tapi sebab dalam gov, confident la nak sebut kerja kat mana.

Tadika kemas.

Mula2 aku segan dengan orang sebab hantar anak masuk kemas. Yuran takat rm25 je. Sedangkan orang lain yang "menilai" kami laki bini ni mesti mampu hantar pegi tadika swasta. Sorry to say... sesetengah orang rasa tadika kemas ni untuk anak2 orang susah je.

Dalam pada tu pun ada jugak yang compare antara kemas, perpaduan dan prasekolah. Sama2 tadika gov tapi masih kata yang itu lagi bagus, yang ini banyak main...

Ada sorang kawan aku ni, siap tukarkan dari tadika kemas ke tadika swasta sebab katanya cikgu tak follow up anak. Kita kena faham.. kau bayar rm25 bukan rm250 sebulan. Kalau swasta ni, cikgu memang sehabis boleh nak pandaikan anak murid sebab mentaliti mak bapak "aku dah bayar mahal2 ni, pastikan anak aku pandai" ...gitu.

Sebab utama zuel decide nak hantar wyna ke kemas... 
1st.. nak wyna bersosial. Wyna dibesarkan pengasuh, jadi tahap sosial dengan pelbagai ragam dan umur kawan2 tu terhad. Ni masa untuk dia berdikari jugak.

2nd... transport tadika swasta. Semua tadika swasta baik yang establish (franchise like brainy bunch) mahupun local (kat taman tu je ada)... wyna perlu naik van. Which is bila cakap pasal wyna kena naik van berasingan je, aku dah kecut perut. Risau gila. Terus teringat kes2 budak kena culik lepas tu apa terjadi kat budak tu.

Tadika swasta ada jugak sediakan day care sampai petang tapi limit till 6.00pm saja. Lepas tu kena cas OT. Kalau sehari rm10... sebulan dah berapa xtra kena bayar? Aku ngan zuel sampai rumah dekat 7pm everyday. Pernah ada jiran mintak amikkan anak dia sebab cikgu nak balik. Kesian cikgu nak tunggu anak dia seorang je (padahal cikgu dah tak sabar nak balik haha). So dah masalah kat situ...

Then kami decide, wyna masuk Kemas je lah. Sebab daycare syahmi ada transit anak2 kemas dan van pegi balik. Jadi wyna berada dalam jagaan orang yang sama. Dan dia ada kawan2 yang sama2 pegi tadika. Seronok la ada kawan pegi balik sama... duduk day care sama2... aku pun lega. Soal keselamatan dan faktor galakan pegi tadika tu yang paling utama bagi kami.

Tadika kemas banyak main.
Bila cakap main je... orang ingat tak belajar. Sebenarnya budak2 umur wyna ni belajar sambil main. Sebenarnya kemas banyak xtvt. Termasuk la xtvt basuh baju. Haha. Mungkin ada mak bapak kata xtvt tu merepek. Tak payah ajar. Ada jugak yang bagitau aku... yang kemas tak ajar ABC Phonics. Pun silap. Kalau tak ajar ABC Phonics, apa kejadah aku datang meeting taklimat pasal ABC Phonics hari tu? Cikgu siap ajarkan kat mak pak supaya mak pak bole ajar anak kat rumah. Mak pak sezaman aku ni ramai yang tak reti baca abc phonic. Tadika swasta pun ada yang masih ajar anak gaya mengeja dulu... "A - aaa... YAM - yam! Ayam!" So?

Semua parents ada masalah cabaran sendiri. Yang hantar pegi kemas bukan semuanya sebab tak mampu. Isu bajet memang ada jugak tapi yang lebih utama macam aku ni, timing kerja dengan waktu pick up anak tu tak ngam. Bukan orang yang komen tu nak bayarkan OT anak aku kan... lepas tu soal keselamatan. Aku belum confident nak lepaskan wyna luar dari jagaan pihak taska. Lagipun lebih baik wyna dan syahmi stay dalam satu taska.

Kalau cuti sekolah pun, wyna ada xtvt / rombongan dengan taska. So aku rasa cukuplah takat ni apa yang patut expose pada wyna. Maybe turn syahmi nanti rasa nak hantar ke PASTI pulak.

No comments:

Post a Comment