20 July 2017

Check handphone sebab...

aku nak sembang kat blog ni kadang tak tau nak luahkan pasal ape. nak lepaskan keserabutan, kadang macam tak patut pulak. dah taip2.. masuk draf. kadang publish kejap, lepas tu hide bila dah reda. yang sebenarnya kalau rasa nak meluahkan apa yang terbuku tu, elok lah aku pegi fokus kat benda lain. 

aku baru baca entri ni 


aku selalunya malas nak citer pasal kerja zuel. ramai mulut puaka nak judge, tentukan takdir rumahtangga aku. nature kerja zuel memang banyak berkomunikasi dengan orang, laki perempuan, tua muda, laki orang bini orang, bujang atau anak dara... meeting, discussion... so aku tak boleh nak cemburu tak pasal... 

tapi aku tak lari dari rasa nak check hphone zuel, bukak fb, pm, whatsapp, contact list, gallery, apps ape yang dia lock...apa aku fikir? kot2 zuel sorok something ke? nasib baik dia takde twitter, ig, blog... kalau tak, lagi jenuh aku nak tengok semua...haha... biasanya aku tengok bila aku pinjam phone dia nak surfing. sebelum aku surf, aku bukak la apa yang aku nak tengok, even history dalam chrome pun aku tengok apa website dia bukak! haha. 

zuel tak pernah pun gelisah kalau aku pinjam phone dia. so far, ada jugak laa terjumpa few things yang aku tak berkenan, and we talk seriously. kalau ada benda yang aku tak suka, aku cari masa, aku elakkan cakap dalam suasana yang tak sesuai, sebab nanti point tak sampai. aku cakap terang, ayat padat lagi tepat, aku tak suka, tak payah la nak ayat meleweh ke nak merajuk ke...kadang aku diam bukan merajuk tapi marah. kalau zuel tak pasti apa yang aku jelaskan, aku tunjuk apa bendanya. 

tapi takde la aku jadi paranoid sangat sampai hari2 nak check. zuel pun takde pulak lock hp dia. dulu ada la guna padlock tu, tapi macam aku cakap.. kerja dia banyak communicate dengan orang, rimas pulak jap2 nak unlock... whatsapp, sms dari perempuan ada banyak.. tapi semua cakap pasal kerja. kalau bukan hal kerja pun, gossip hal opis. walaupun mungkin orang kata, dari situ bole jadi punca suami ada scandal, habis aku nak buat apa? halang zuel dari sembang2 ngan kawan opis dia, ke cemana? 

bagi aku.. selagi takde bukti, tak payah la nak buat tuduhan, serkap jarang, kononnya kot2 serkap2 terkantoi. lelaki ni kalau betul2 dia nak curang, isteri sekat la macamana pun, dia curang jugak. aku cakap kat zuel, kalau nak kawin, bagitau, jangan sorok2. dia jawab "apa syg merepek ni"

haaa kalau aku cakap, dia kata merepek. tapi aku cakap serius, kalau ada nak kawin lagi, jangan tipu , sorok2 belakang aku. somemore, aku doakan hanya aku, zuel dan anak2 sampai syurga, tapi aku lebih berharap (berdoa) aku diberi kekuatan menghadapi apa2 je dugaan dalam rumahtangga, dalam kehidupan. cemburu? yes, mesti la ada. kalau aku cemburu, cakap je kat zuel. buat apa nak fikir bukan2, fikir benda2 negatif yang tak akan berlaku pun.. for what? nanti sendiri yang meroyan kan...

No comments:

Post a Comment