20 July 2017

Bila berharap bukan pada tuhan

Lately ni memang mood aku macam roller coaster... bukan swing lagi dah. Macam orang mengandung pun ada. Eh!

Cerita suku hari...

Sekarang ni memang aku runsing sikit sebab quota sara hidup bulan ni dah habis. Tapi macam2 hal yang menuntut xtra budget. Then balik tadi lewat, sampai rumah lepas maghrib sebab zuel tetiba ada adhoc task lepas habis office hour. Mensirap lagi aku.

Sejak pindah opis baru ni, benda yang aku paling tak suka is tunggu zuel sorang2 kat opis (opis aku sejenis warehouse 2 tingkat). Tadi 1st time aku kena tunggu sorang. Even aku tunggu kat lobi, terasa sunyi gila. Bunyik seketik pun bole dengar. Since dah nak senja tu... rasa tak sedap jugak la even takde la seram ke apa... bila zuel cakap dia lambat je, aku dah macam budak kecik, rasa nak nangis kena tinggal mak ayah. Memang benci betul.

Start mood aku dah upside down.

Masa tengah tunggu zuel, aku check uber-takde, grab car-jauh.. mula2 book lepas tu aku cancel je lah. Dah sama lambat macam zuel. Aku call mak aku, nak tanya kalau bapak aku tak meniaga hari ni, nak minta tolong amik. Tapi mak aku tak jawab call... wasap tak reply. Aku pun tak terasa pulak nak call adik aku sebab aku ingat dia ngan bapak aku mesti dah keluar meniaga...

Masa tu emosi memang dah berkecamuk. Aku terasa apesal time macam ni semuanya takde?? Dah start sakit hati. Why? Sebab aku mengharap kat orang untuk balik rumah.

Kedua, tiap kali amik anak lewat sangat, aku segan gila nak angkat muka tengok cikgu atau owner yang sama balik lewat tunggu aku amik anak. Macamkan owner ngan cikgu tu takde family, takde life. OT yang aku bayar tu tak dapat pulang masa yang mungkin diorang terlepas.

Balik rumah macam serba tak kena. Zuel kira2 duit tabung lepas tu teringat pasal hutang seseorang. Zuel mintak aku cuba2lah tanya. Aku sebenarnya malas nak tanya sebab segan. Dia mungkin nampak aku macam takde masalah duit sampai hutang seciput tu pun nak mintak ke... lagipun aku rasa dia belum mampu nak bayar kot.

Tapi kadang2 kalau tak usaha dengan bertanya, mana nak dapat hasilnya. Macam kunci opis jugak, dari membebel takde kunci, tebalkan muka je request direct kat boss. Sehari dua lepas tu terus dapat kunci!

So aku tanya jugak la pasal hutang duit tu. Tapi jawapan sama macam yang lepas... InsyaAllah cukup bulan ya. Maaf lambat. Aku rasa nak marah lagi. Marah sebab dia tak dapat pulang duit tu, ditambah pulak nak aku yang tanya dulu baru nak cakap. Kalau aku diam, dia pun diam... yang sebenarnya Allah belum izin hutang tu dibayar. Belum rezeki aku.

Sambil sidai baju lepas basuh, sambil tenangkan fikiran yang kusut. Bila aku ingat yang aku masih ada "invisible saving", aku rasa lega sikit, bukanlah betul2 susah sekarang ni. Cuma saving tu tak boleh nak dikeluarkan sesukasuki sebab nanti nak beli mini kuper

Baring. Muhasabah. Serahkan pada Allah.

No comments:

Post a Comment