27 June 2017

Pinjaman

Meremang bulu tangan aku bila baca status pemergian suami seseorang yang aku follow diFB.

Aku follow sejak viral kes suaminya kemalangan motor dilanggar lori kat satu kawasan hiway kat jb ni.... kes 8 Jun lepas.

Sejak tu aku follow apa perkembangan suami dia walau aku tak pernah komen tapi dalam bulan2 puasa tu aku doakan agar suami dia pulih walau kadang2 baca situasi suami dia tu macam tipis. Tapi siapa aku nak menjangka... tentu Allah saja ada keajaiban, maka aku harap keajaiban Allah sembuhkan suami dia.

Bila dikhabarkan akhirnya suami dia pegi pada pagi Raya ke-3 ini... aku sedih juga. Dan aku doakan dia kuat. Dia masih muda, ada 2 anak masih kecil... Namun Allah tak beri ujian yang hambaNya tak mampu hadap. Semoga dengan ujian ini, Allah mengangkat darjat dia.

Al Fatihah untuk Allahyarham Noor Zairie (suami kepada Nuraien Nor)

No comments:

Post a Comment