19 June 2017

Iklan Aidilfitri Astro - Kisah Benar Adli



bila tengok iklan ni, aku teringat raya tahun bila ntah. masyarakat kita ni, biasanya kalau ada budak datang beraya, memang orang tak suka kalau budak tu buas sangat, tak tertib, sukar dikawal, lari sana sini, panjat sofa meja, bukak katup peti almari... memang tuan rumah tengok macam nak telan je kan...

satu hari, ni mak aku la cerita. jiran sebelah datang beraya bawa anak dia yang umur masa tu lingkungan 4-5  tahun agaknya. lelaki. mak aku cakap, anak dia lasak bebeno lah. tak reti diam. panjat sofa. mak dia pun tak bertegas nak tegur, panggil2 manja gitu jer. orang tua (mak aku) biasa la, mesti la geram anak tetamu buat perangai kat rumah orang kan. 

lepas tu mak aku cerita lagi. budak dah besar macam tu still tak pandai bercakap. masih pakai pempers. ok. aku biar je mak aku cerita sampai habis. orang tua macam mak aku ni, mungkin dia tak tau pasal penyakit Autism, ADHD, ermmm apa lagi gejala atau penyakit yang sewaktu dengannya? yang budak secara fizikal nampak macam normal tapi sebenarnya ada masalah.

ok. lepas aku dengar cerita mak aku tu, aku pelan2 cakap... kita tak bole judge budak tu ngan mak dia. mana tau kot2 budak tu ada penyakit  macam lambat bercakap ke, hyperaktif ke, autism ke...  ada tau budak yang sakit macam tu, kita tengok dia nampak normal, ingatkan dia nakal tapi sebenarnya dia mungkin ada masalah... umur 4-5 tahun masih belum fasih bercakap... bla bla bla... panjang la aku jelaskan.

pastu mak aku pun paham sikit2...  aku tak ingat lepas tu ayah aku ada masuk mencelah jugak perbualan kitorang ke apa... yang aku ingat mak aku cakap “Ain kata budak tu ada penyakit”

AALAAAAAHAIIII...

aku kata... "mungkin. maybe..." bukan confirm ada. tapi aku assume je dari cerita mak aku supaya mak aku tak judge budak tu ngan mak dia. aku cuba nak fikir positif je... masa tu Wyna kecik ke atau aku tengah mengandung, lagi aku risau uiii... nenek jangan komen lebih2 anak orang uiiiii !! 

aku bukan nak highlight pasal mak aku komen pasal budak tu. aku cuma nak cerita tentang suatu situasi yang pernah berlaku, kena pulak masa hari raya pulak tu... mak2, nenek2 ni orang tua, diorang mungkin tak faham, tak pernah tau pasal penyakit2 gangguan psikologi dalam perkembangan anak2. so kita (aku) yang tahu ni, betulkanlah persepsi diorang. cuma tu la, aku cakap “kemungkinan” aje. tapi bila cerita balik kang, dah macam aku cop terus budak tu ada penyakit, kalau terdengar dek jiran tu kang dah lain pulak ceritanya...

apa yang aku nak sampaikan ni, so... kalau ada anak tetamu yang datang beraya buat perangai lain macam tu... jangan cepat nak komen, nak kata ni anak siapa buas bebeno ni, nakal sangat ni, mak pak tak ajar ke, tak disiplinkan anak ke... kalau anak dia ada autism macam anak dalam video tu, kita yang ada anak normal ni takkan pernah benar2 fahami apa yang mak ayah budak tu dah hadap. jangan mudah2 je nak kata macam2... kalau dah tak dapat nak fahami tempat orang tu, kita tutup mulut rapat2 je sudah lah yer.

No comments:

Post a Comment