23 June 2017

Coklat

Normal bila menjelang hari perayaan especially raya puasa lah kan, ada beberapa client Zuel akan hantar hampers perayaan. As usual, aku je la yang excited. Sebab aku ni mana ada sape nak bagi hampers kan. Kahh!

Tapi yang ni lain. Mula2 aku dah nampak dalam kereta, aku tak amik port. Sampai tak ingat nak bawak masuk rumah. Bila zuel bawa masuk, letak kat tepi. Aku pun tengok dekat2... dua tiga kali aku belek.

Then tanya kat zuel... My God... siapa bagi ni??? Aku pun tak tau la excited dapat hampers atau nak impress kat orang yang bagi tu... pendekkan cerita, aku cakap la kat zuel kenapa aku sangat sangat jakun tengok hamper tu. Bole selamba je Zuel cakap dia memang tak tau langsung pasal coklat ni, tengok packaging ingat cap ayam! Aku like... whattt??? Cap hayam dia kata. Terus bukak website tunjuk kat zuel.

So duduk la hamper ni kat tepi tu... the problem is... aku macam nak makan tapi rasa sayang nak makan. Rasa macam rugi nak makan jap lagi keluar kot jamban jugak kan? Hahaha...


No comments:

Post a Comment