12 June 2017

Biskut Chocolate Chip yang semua orang boleh buat

Hah kau panjang tajuk.

Ok. Aku ni memang sejak bujang tak rajin nak baking2, masak memasak ni. Tak minat sebab tak suka meng-kecah-kan dapur. Nak masak ke baking tu boleh, tapi malas nak mengemas. Kalau boleh nak dapur tu lawa je macam dalam majalah! *ingat tu dapur display kat kedai kabinet ke?

Sampai sekarang pun, kalau aku malas masak tu bukan sebab "malas nak masak" tapi malas nak kemas dapur. Bab masak ni bukan macam kau basuh kain baju, lepas dah kering bole simpan dalam bakul sampai seminggu! Bau wangi je kat bakul tu. Ni dah la penat masak, kadang sampai nak makan pun tak lalu dah. Lepas habis makan, kena basuh perkakas, lap2 dapur tu semua... kalau tak nanti bau, berkulat, minyak2 kalau tak lap abes melekat habuk2, semut lipas cicak semua ke dapur cari sisa makanan...

Masa bujang, mak aku selalu la bebel macam frust sebab aku tak rajin ke dapur atau jenis suka merewang kenduri2 tolong orang kat dapur macam mak aku masa muda2. Aku tak reti. Rasa awkward. Tak suka pegi rewang kenduri hahaha. Masa arwah nenek aku ada dulu, memang selalu je la ada kenduri doa selamat. Aku macam tak boleh buat keje dengan makcik2 dok perati anak dara tertib ke tak buat keje, serba tak kena rasa.

Sampai dah kawin ni pun, bila takde orang kat dapur mertua aku, baru la aku berani buat macam dapur sendiri. Ipar duai tak tolong pun takpe la. Aku mintak tolong habiskan lauk aku masak je sudah.

Mak aku rajin buat kuih raya masa aku kecik2 baya wyna dulu. Buat kek pun pandai. Tapi aku hapah pun tak tau. Dan mak aku cakap aku ni pemalas nak amik tahu. Hihihi. Macam aku cakap awal2 tadi la, sebab aku malas nak layan dapur berkecah. Satu lagi tak suka pegang tepung lekit melekat kat tangan macam uli tepung donat tu ke, buat kuih keria ke... kejap2 aku basuh tangan. Until now pun, kalau nak buat kuih, aku pilih yang tak banyak tepung melekat bila uli macam ondeh2 tu ke.. ok lagi la. Goreng jemput2 pun aku ceduk guna sudu, tak selesa nak cekut guna tangan.. hihih

Biskut cip coklat yang aku buat ni cuma resepi bodo2 je. Bukan aku maksudkan bodoh tau. Bodo2 ni orang dulu cakap.. simple, senang gila, tak payah nak kagum sangat laa haha. Arwah mak mertua aku kan, tak suka makanan or minuman yang bersusu. So akak ipar ngan laki aku pun tak suka susu or any dairy product. Macam butter, cheese, susu pekat (tapi zuel minum teh tarik), tak minum milo... so that's why, bila arwah mak mertua aku dan akak ipar ni buat biskut atau kuih, diorang tak guna butter. Biasa kita dengar biskut atau kek yang guna butter ni lagi sedap kan? Tapi tak kena ngan selera diorang. Mak mertua aku pun jarang sangat beli biskut raya kat luar sebab biasanya biskut tu guna butter.

Satu hari (actually dah banyak hari) aku makan biskut choc chip akak ipar aku ni sedap la pada tekak aku. Biskut dia tak rapuh, aku pun tak suka biskut berdebu / rapuh, bila makan jadi berterabur atau rasa macam nak tercekik. Biskut ni rangup, bila gigit prakkk! Krup! krap! krup! krap! bunyik kunyah biskut. Hahaha! Rasa manis, masin yang seimbang.

Dah tu... takkan asek nak pow biskut akak ipar je kan. Mintak la resepi.. tapi makan tahun jugak la nak cuba. Dari tahun ke tahun... sebenarnya mintak resepi tu ala2 macam nak cover malu je pasal asek makan biskut dia hehehe

Resepi biskut ni simple gila. Barang2 pun aku beli kat kedai runcit je, takde la sampai kena pegi cari kat kedai jual bahan kek tu. Motip asal aku nak buat biskut ni memang untuk aku yg makan, bukan untuk biskut raya.

Aku buat dapat la dalam 2 bekas kuih raya, seminggu je dah tinggal 1 bekas. Asal lalu kat meja makan, amik 1. Sahur makan beberapa keping. Lepas buka puasa, makan lagi beberapa keping cicah air teh O panas...hmmmm dap! Sedap ikut tekak aku laa... 

Tapi aku akui, biskut femes ames lagi sedap cuma tak mampu nak ulang2 makan macam biskut yang akak ipar aku buat ni... mungkin femes ames tu manis ke.. kalau makan banyak2 lama2 rasa muak... tak pun sebab mahal, tak mampu nak beli banyak wakakaka

Ok la... menceceh kemain panjang. Layan gambo pulak lah...

Bahan-bahan tak payah premium sangat, baru nak belajar2 kan... kalau biskut bantat kang takde la nangis tepi oven..

Aku guna sukatan cawan je. Umah takde penimbang. Kang terlebih sukat, tak jadi pulak biskut aku...


Umah aku takde oven. Tapi ada benda ni. Nama dia Convection Microwave Oven. Dia bole jadi microwave, bole jadi oven. Benda ni dah lama ada sejak kawin tapi aku rasa tak pernah guna untuk baking apa2. Balik2 guna untuk panaskan lauk. So kali ni buat biskut sambil buat experiment guna convection oven untuk bakar biskut, tengok jadi ke idok? Sebab convection oven ni takde api bawah. Dia ada besi heater belah atas je. Kalau oven biasa tu panas atas bawah, senang nak masak kan...

Masa ni wyna nampak aku guna benda ni, dia pun nak cuba. Resepi ni simple sangat, bole ajak anak join...

Bahan-bahan:-
2 cawan tepung gandum serbaguna
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan marjerin planta, dicairkan
(Kalau nak guna butter pun boleh)
1 cawan gula perang
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
1 biji kuning telur
1/2 cawan chocolate chips
1/3 cawan almond nibs
(Choc cips dan almond tu suka hati ler nak letak berapa banyak.. asalkan sesuai dengan adunan)
Cara-cara:-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 165 darjah C. Alas baking sheet pada loyang.
2. Ayak tepung, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
3. Dalam bekas mixer, pukul marjerin / butter yang telah dicairkan bersama gula perang sampai kembang dan sebati. Pastikan gula larut bersama marjerin / butter.
4. Masukkan esen vanilla, telur dan kuning telur, pukul lagi sehingga kembang dan berkrim.
5. Campurkan tepung yang telah diayak tadi dan gaul rata. Masukkan chocolate chip dan almond, gaul menggunakan senduk kayu / spatula.
6. Gunakan sudu kecik KFC (supaya biskut tak terlalu besar selepas dibakar), sudukan adunan ke atas dulang pembakar dengan jarak 3 inci.
7. Bakar biskut selama 15 - 17 minit atau sehingga tepi biskut kuning keemasan.
8. Keluarkan biskut dan sejukkan sebelum disimpan.


Kalau tak nak guna sudu pun boleh, uli je bulat2 guna tangan. Doh agak berminyak dan tak melekat langsung. Kalau boleh tak payah leperkan adunan tu, nanti biskut jadi penyek2...

Ini 1st batch. Terbesar, bawah masih lembab sikit. So pandai2 la adjust suhu dan masa supaya betul2 garing. Kalau lembab lagi, nanti biskut rasa lemau...

Siap! Not so bad... I mean dulu aku pernah buat biskut coklat tapi takde rupa biskut dan tak rangup... dapat la makan puas2, tak payah ngendeng biskut akak ipar lagi
Hahaha!

No comments:

Post a Comment