08 May 2017

Yang Penting, DIA Cintakan Saya.

Sekarang baru aku faham. Berbuat baik kepada ibu bapa, solat, puasa, zakat, kita buat semua itu bukan sebab nak hidup senang atau hidup tenang atau hidup tanpa halangan

Tak tak tak

Aku faham dah sekarang. Semua yg DIA suruh kita buat tu, DIA nak buat kita lakukan semua nya demi DIA. DIA nak kita sayang cuma DIA yg Maha Esa. DIA nak kita hidup cuma utk DIA semata

Kita solat bukan nak pahala. Kita nak DIA sayang kita sbb kita buat benda yang DIA suka. Begitu juga berbuat baik, sedekah, zakat. Kita buat bukan sebab kita terpaksa sbb kita muslim, bukan sebab kita terikat dengan ibu bapa kita, bukan sebab kita nakkan rezeki kita bertambah

Tak tak tak

Solat tak bagi kita rezeki. Puasa tak bagi kita rezeki. Solat dhuha tak bg kita rezeki. Sedekah tak buat kita tambah kaya. Zakat tak luaskan rezeki kita. Tak. Semua itu x dpt beri apa2 pada kita

Sebab apa?

Sebab yang bagi semua tu kat kita hanya lah Allah SWT. DIA mahu kita ingat itu. Allah yang beri rezeki. Bukan solat. Tapi solat buat Allah sayang kita, dan sbb syg itu maka diluaskan rezeki kita dan dibuka jalan untuk kita

Puasa tak bagi kesihatan pada kita. Allah yang beri kita kesihatan. Ada orang yang tak puasa tapi masih sihat. Sbb Allah nak beri, maka DIA akan bg pada hamba yang DIA kehendaki. DIA mahu kita berpuasa untuk DIA, bukan utk sihat

Buat baik pd ibu bapa tidak akan jadikan kita senang. Allah yg jadikan kita senang. Bila kita buat baik pd ibu bapa kerana sayangkan Allah, maka Allah turunkan rahmat buat kita. Sbb itu ada org yg dh buat mcm2 utk senangkan hati ibu bapa tp tetap tak tenang, tetap asik nampak salah dimata mak ayah, sbb dia buat tu utk pleased hati manusia, bukan utk Allah.

Sama jugak bila kita berdakwah. Bukan utk sedarkan org. Tapi sbb kita nak Allah syg kita sbb buat benda yg Allah suka. Kalau kita buat utk sedarkan org, kalau org tu x sedar2, kita akan kecewa.

Allah mahu kita buat sesuatu itu semata utk DIA. Utk dpt kasih syg dr DIA. Utk dpt redha DIA. Dan dia mahu kita berhenti buat jahat bukan utk jd baik, bukan utk jd pekerja contoh, bukan utk jd ibu bapa mithali, tapi DIA nak kita tinggalkan kejahatan sbb sayangkan DIA, malu dengan DIA sbb bila buat jahat seolah kita kufur nikmat

Dan DIA dah berjanji, orang yang bertaqwa mempunyai tempat yang istimewa disisiNYA. Jd setiap kali nak buat sesuatu yg baik, niatkan “Lillahi taala” (kerana Allah taala). Kalau terniat nak buat sesuatu yg tak elok, (aniaya kawan ke, fitnah org ke, pecah amanah ke) fikir nnt Allah murka, nnt DIA x redha. Dan fikir maluuuuu buat jahat sedangkan kita ni takda apa kalau Allah x bantu hidup kita selama ni

Kita ni manusia selalu sahaja lupa, sbb itu dtgnya ujian demi ujian utk mengingatkan kita. Dan dgn kasih syg Tuhan juga yg menentukan ujian itu mengembalikan kita kpdNYA atau bahkan menyesatkan kita

Kita minta maaf, minta ampun pada DIA semua semata2 nak kembalikan kasih syg DIA pd kita. Bukan sebab nak kembalikan kerjaya kita. Bukan sebab nak kembalikan kebahagiaan kita. Tapi sbb nak DIA syg kita seperti masa mula2 kita lahir tanpa dosa. Dan percayalah bila Allah dah syg, dah redha dgn kita, segala2nya akan DIA permudahkan bg kita….kerjaya, keluarga, masyarakat jiran tetangga, semua nya akan tiba2 jd elok. In Shaa Allah

Kita selalu tertanya2 kenapa Allah xda dlm hati kita. Padahal kita yabg tak hadirkan Allah dlm setiap saat nafas kita. Tanpa kita sedar kita sekularkan diri sendiri dgn mengasingkan Allah dan hidup kita.

Marilah kita kejar keredhaan dan kasih sayang Allah yang Maha Penyayang lg Maha Pengasih bukan hanya ditikar sejadah tp dalam setiap hela nafas kita pastikan kita selalu sygkan DIA, takutkan kemurkaanNYA, dan malu serta syukur dengan segala nikmatNYA.

Maha suci Allah, aku berlindung denganMU drp sesuatu yang aku sekutukan.

Perkongsian drp Misscosmics
(Iium confession)
C & P

No comments:

Post a Comment