31 May 2017

Wordless Wednesday : Malu

Orang pinjam duit aku :
 Aku malu nak mintak balik.. takut orang tu malu nak bagitau. atau dia tengah susah.

Awek bertudung hisap rokok selamba
Orang lain pulak yang tundukkan pandangan. Segan nak tengok

Ternampak pakcik yang fizikalnya nampak sihat selamba makan kat kedai cina, siap lambai aku lagi : Aku pulak ketap bibir tahan senyum, tak terbalas lambaian sebab dalam hati "ehh aku tak salah tengok ke ni?" tertoleh2 kopi atas meja dan sebungkus macam pisang goreng dan pakcik tu macam terkumat kamit tunduk. Lepas tu mata tengok tempat lain...

Si pelaku tak malu
Kita yang melihat pulak rasa malu nak tengok
Kita tak nak tengok sebab tak nak pelaku rasa malu dilihat

Apa nak jadi ntah
Tak kecam. Cakap je.
Semoga Allah beri hidayah dan jaga pandangan aku.

1 comment:

  1. Ingatkan "Wordless Wednesday" tadi .. haha

    ReplyDelete