24 May 2017

Tajuk Drama : Suamiku Smoker

keje tak banyak.. buat apa yang ada ni lambat2.. karang takde keje pulak. opis dalam ribut2 nak pindah satu branch dan jugak pindah opis. part by part dah start moving out. 



agak beberapa kali jugak la aku terasa pasal perokok ni. terasa bila orang beri reaksi yang isap rokok ni macam teruk benor macam orang isap dadah. 

tp mentaliti aku dulu pun macam tu... sebab aku dilahirkan dalam keluarga yang tak merokok. bapak aku masa bujang dulu adalah perokok tegar ya. jenis yang sehari tu berkotak2 isap rokok. tapi kerana cinta pada mak aku... ewahhh... so bapak aku usaha la berhenti isap sebelum kawin. tak mudah. sampai kena jauhkan diri dari kawan2 yang merokok. masa tu mana ada lagi ubat untuk perokok ke.. vape ke.. ape ke kan...

so... aku pun letak ciri2 lelaki idaman tu mestilah yang tak merokok. haha. tapi Allah tu nak tunjuk sesuatu. ada 2 ciri2 yang aku nak elak tapi akhirnya aku dapat. salah satunya ialah - perokok. dah penat gaduh pasal rokok ni weh... cuma laki aku bukan heavy smoker. sekotak rokok tu rasanya paling cepat pun seminggu baru abes. aku ni.. jangan cakap la.. dah berkotak2 kot rokok yang aku jumpe, aku buang. bagi kat orang lain pun ada (dosa la ni..huhu)

tapi kalau Allah belum bagi hidayah nak berenti merokok, kau buat cemana pun tak berenti jugak... so end up, aku dah malas nak sorok ke, nak buang ke... plus, laki aku pun ada la effort nak bercerai rokok walaupun bukan cara yang tepat. beratus jugak terbakar dengan beli e-cigerrate la, supplement la... now isap vape pulak. tapi laa ni vape tengah rosak, so kembali la isap rokok tembakau. alahaiii encik suami.

yang buat aku terasa ni kadang2 reaksi orang keliling. kawan2 ai is semua baik2 supaya ai jadi baik jugak hehehe... so suami2 diorang ni bukan perokok. kalau aku rasa down sebab dapat suami perokok, aku cuba tengok kes2 maslah rumahtangga orang lain. suami yang rogol isteri dalam pantang, suami yang kaki segala kaki, suami yang isap dadah... bukan nak sedapkan hati tapi supaya aku lebih syukur dengan yang sekarang. yelah, dalam masa yang sama, perbaiki apa yang kurang... 

pernah ada member cakap depan aku... merokok tu haram! aku rasa dia tak tau kot yang laki aku pun merokok. aku terima fakta yang rokok tu haram... sana sini kat fb tu share pasal rokok haram. tapi solat kucar kacir masing2 senyap pulak kan. aku harap sama2 perbaiki diri. aku bukan tak boleh terima hukum.. tapi kadang2 cara orang menegur tu menjengkelkan. contohnya.. sendiri tak solat, tapi pung pang pung pang kecoh pasal haram merokok... so, aku rasa orang camni lebih kepada nak bashing je, bukan nak menasihat. sama2 la perbaiki diri...

lama-lama aku cuba fahmi, yang aku takde kudrat nak ubah tabiat seseorang. the end, aku doa je lah. harapnya dengan kuasa Allah, laki aku berhenti merokok tapi berenti bukan sbb dah sakit akibat merokok. aku faham bukan mudah. macam orang yang tak biasa tutup aurat dengan sempurna. macam aku.. tak reti lagi pakai stoken, tak pakai baju lengan full sampai ke pergelangan tangan, tapi aku tahu apa hukumnya... tapi kenapa masih belum nak berubah? macam tu juga perokok ni.

aku ada kelemahan, so do my hubby. 
jangan kecam. doakan je.

No comments:

Post a Comment