13 May 2017

Selongkar stor

Sabtu.

Hari yang bosan. Tak keluar jalan. Aku tengok zuel, zuel tengok aku. Tv takde citer menarik. Bukak online streaming pun takde movie best. Last2 kitorang decide nak selongkar (read : kemas) stor.

Stor tu kalau tengok macam sesak. Nak masuk amik barang pun sempit je rasa. Bila keluarkan semua harta karun... Eh aku rasa takde la banyak barang. Zuel cakap banyak "sampah"...

Aku decide nak humban je la apa yang tak pakai. Peram je sampai 5-6 tahun dalam stor bukan bole bertukar jadi emas. Tengah kemas2 tu.. Aku whatsapp akak ipar... Aku shoot few items yang nak let go. Aku sure dia kenal ramai family susah yang perlukan benda2 yang aku nak let go...

Aku bukan nak sangat buang benda2 ni. Bukan aku kaya. Tak. Kang ada pulak kata.. Orang kaya buang2 benda boleh guna lagi. Cuma benda tu aku tak perlu guna. Bahasa kasarnya.. Barang elok aku simpan pun buat menyemak rumah kalau tak digunakan.

Ada barang yang memang asal usulnya bukan aku beli pun. Ada barang yang datang dengan pakej. Contohnya aku beli satu set cookware but at the end aku pakai periuk je. Kualinya..sudipnya.. Tak pakai sebab takde keperluan nak pakai. Besar. Berat. Nak masak buat majlis bole la kot. Lagi hal periuk, aku ada 2-3 jenis periuk. Ada yang beli... Ada yang orang bagi... Aku simpan.. Lama2 berhabuk.

Dari terperuk tu baik aku bagi je la. Bukan aku bagi benda yang aku sendiri tak nak. Aku nak benda tu.. Tapi aku tak guna pulak. Benda elok je pun. So bagi la orang lain guna. Ada manfaatnya.

Then kak ipar cakap ketepikan semua tu nanti dia datang amik. Kat kampung dia ramai keluarga susah anak ramai.. Bole kasi diorang. Lagipun sudip dia baru patah. Malas beli. Elok la aku ada banyak sudip.. Bole guna. Bukan sudip orang lain pun...arwah mak dia punya jugak...

Klik kalau nak besarkan

Dapur lama arwah mak belikan
Kuali stainless steel + tutup aku punya
Bekas air arwah mak
Periuk besar masa kenduri kawin (abaikan mannequin seksi tu.. Haha)
Sudip dari kenduri kawin
Sudip pakej beli cookware
Headlamp waja sepasang
Microphone akak ipar ntah bila karok
Dulang hantaran kawin
Door gift kawin
Blueray zaman takde online streaming
Dulang antik arwah mak

See? Banyak harta yang dah lebih 5 ke 6 tahun berkurung dalam stor..  Baju baby pun ada yang orang bagi tapi aku pulak tak gamak nak bagi orang lain pasal dah bertapuk2 kuning. So yang tu aku buang je la (lori recycle kutip) sebolehnya aku takkan bagi benda yang aku sendiri tak nak pakai. Dah tak elok bagi aku buat ape nak bagi orang pulak...

Lepas dah kemas balik apa yang perlu je... Baru la lapang. Takde la menggagau nak cari barang dalam stor.

No comments:

Post a Comment