04 May 2017

“Peh..Kaya!”

“peh..kaya!”
“aamiin..Alhamdulillah”

tapi kadang aku rasa sangat distracted dengan dialog orang refer aku kaya bila aku buat sesuatu.

makan kat Chamek Kopitiam sebelah opis ni - "orang kaya je makan situ... "
padahal aku makan situ sbb takde kedai lain yang bukak selain mamak. tapi tak nafi la harga menu makanan kat situ around RM8.00-RM20.00 ++

dia tak tau, aku pernah je makan kat situ, bayar harga total semuanya syiling. sebab minggu tu kehabisan duit kertas. steady je. pada aku orang ada-ada tak makan la situ.. diorang pegi restoran hi-end.

pakai celcom - orang kaya!

dia guna u mobile, tapi pandu honda city ke office.
awek pakai u mobile, tapi anak taukeh.
aku pakai celcom, drive waja umur 10 tahun dah habis bayar ni dikata kaya??

guna sampai 3 handphone, personal / office / own business, orang chop “acah2 macam dia kaya”. padahal orang tu tak selesa campur semua dalam 1 nombor. bila yang bercakap tu susah, minta tolong jugalah kat orang yang acah2 kaya ni lah... sebab tu nak mengata kena beringat. kot orang yang kita kemain kecam tu jugak tempat mintak tolong bila dah susah...

tapi mana ingat kot kan.... eh! dah masuk citer lain pulak. takde la. sometimes aku tak dapat elak rasa frust. frust kena kecam, tapi lepas tu minta tolong. frust bersusah payah tolong, bila turn aku pulak yang minta tolong, bagi alasan.

balik kisah “kau kaya”
since aku tak suka orang cakap camtu kat aku, aku beringatlah, jangan cakap camtu kat orang lain. aku rasa sangat tak selesa. sebab in fact aku tak kaya (duit maupun harta). tapi bukan miskin. cuma golongan yang tak boleh claim cukai tapi tak layak dapat Brim.

tapi aku tak bole elak orang nak cakap. definisi “kaya” tu sendiri subjektif.

2 comments: