03 February 2017

Sejenis Kejakian

adat hidup dalam satu planet, ada macam2 manusia. dah tentu macam2 perangai ada. ni aku nak bebel sket pasal perangai2 pendengki. 

ada orang dengki sampai ke perbuatan, buat macam2 nak jatuhkan orang tu, tak nak orang tu lebih dari dia.

ada orang dengki tapi makan diri. orang tu beli estima, dia nak lawan, beli vellfire. sat gi orang tu beli helikopter, dia pulak beli boing 747. haa lama2 mereput kalau asek nak berlawan.

ada orang dengki dalam diam. dia nampak ok je. tapi hati tak tenteram. mintak2 la orang tu tak dapat lebih dari apa yang aku ada. ni tuhan je la tahu. mungkin ramai kot dengki jenis ni. tak nampak.

bezanya sama ada kau cepat2 muhasabah atau nak teruskan simpan dengki tu. ni namanya penyakit. penyakit hati. mohon banyak2 istiqfar. serius. kalau rasa tak tenteram hati tu dok geram nengok orang lain dapat lebih, pi istiqfar banyak2, nak sedap lagi, pi ngaji. 

muhasabah ngan sedapkan hati ni lain. sedapkan hati, sebenarnya iri tapi sebab tak boleh nak beat, kau brag lebih pasal apa yang kau ada tu lebih baik. supaya rasa apa yang orang lain ada tu tak best. tapi perangai camni, memang susah la kau nak bergembira atas kesenangan orang lain. betul. bukan mudah nak sama2 merai, sama2 gembira atas rezeki orang lain. nak pulak benda tu, kita yang harap sangat tapi orang lain yang dapat. teruji hati.

aku melihat satu isu. sepasang suami isteri nak beli rumah setengah juta, siap cerita ngan orang (jap lagi aku explain). pastu ada laa orang yang rasa "hekleeh... poyonya. tengok gaya hidup macam tak kaya, income sendu2 je pun, layak ke beli rumah setengah juta?"

mungkin kau annoy dia dok sembang nak beli rumah mahal2, tunjuk gambar rumah, mintak doa "doakan kami dapat rumah ni ye"... kalau pun diorang tu ada niat nak show off, yang kau ni cuba turn hati dan otak tu kepada positive side. mungkin betul diorang cuma nak share kegembiraan. nak mintak kau doakan, kot2 laaa doa kau ni lebih makbul disisi tuhan kan... ke mendengki sebab umah dia lagi mahal dari umah kau? hahahah

mana dia dapat duit, mampu ke tak nak bayo, layak ke tidak, itu bukan urusan nak sibuk menilai hidup orang lain. kalau dia mampu pun kenapa? itu rezeki tuhan nak bagi dia. dia duduk rumah sewa bertahun2, rumah kecik, anak makin ramai... dapat beli rumah sebesar2nya, itu bahagian kebahagiaan dia. yang kau nak dengki ni, hidup kau tak bahagia ke cemana? kalau dia tak mampu, ada kau nak tolong ke? tolong senyum sebab seronok nengok hidup orang lain takde improvement? Allahu... check balik hati tu.

kalau tak senang hati sebab terasa macam orang tu nak berlawan ngan kau pun, itu pun bukan salah dia. itu salah hati sendiri sebab tak boleh bersangka baik, sebab rasa terancam tiba2... kau rasa dia beli rumah mahal, show off gaya hidup mewah sebab nak buktikan sesuatu kat kau... eh kau dah kenapa?

No comments:

Post a Comment