06 February 2017

Monday Blues

pagi yang panas. i mean really panas sampai nak hala air cooler tu kat aku je. luar panas, dalam lagi panas. hal tempat kerja baru. pesanan kakak meja sebelah dulu, masih aku ingat - walau apa pun dugaan, jangan merungut. tapi tadi, masa sembang pagi dengan officemate, aku dah ter-naik suara lepas tahu situasi yang berlaku, walau sebenarnya bukan dia yang patut dengar apa aku nak cakap. bukan aku tak sabar, tapi sabar aku ni janganlah nak dicabar dengan ayat2 kurang bijak. ayat sama bijak macam “kalau ayam mahal, jangan la makan ayam”.. haa gitu ibaratnya. memang rasa nak flip table je. (tak sabar ler tuuu). bab pendapatan hasil bekerja ni, memang mudah je orang nak hilang sabar kot, bukan aku seorang. lain la kalau orang kaya, kerja takat saja2 isi masa lapang, jadi hobi.

ok. as usual, aku tak bole ubah orang. jadi aku kena ada perancangan macamana nak overcome benda macam ni. semoga Allah berikan rezeki yang luas atas kesabaran setiap hambaNya. Amiin.

No comments:

Post a Comment