23 February 2017

Ephyra

Dah lama nak review ni tapi asek tangguh je la sebab takde gambo. Review ada gambo baru sedap kan.. Btw, ni bukan review berbayar yang blogger selalu buat sebab ephyra bagi free trial ok...Hahaha

Aku perlu supplement untuk boost energy. Serius, kalau ada supplement atau pills supermak, akulah customer tegar. Siapa pernah tengok movie Limitlesss? Dalam cerita tu, sejenis pill yang superb, kau makan, pastu dengar bahasa asing, kau terus boleh faham dan cakap dalam bahasa tu. Apa2 kerja kau buat, terus bole jadi expertise. Haha. #merepek


Aku start makan supplement jenis collagen ni sebab utama - aku bermasalah jerawat, bukan kat muka je, malah kat badan pun ada. Rambut banyak gugur, since sebelum kawin. Aku rasa hormon badan kucar kacir, kalau pakai skincare, pakai syampu pun tak berkesan, badan pun lemau, selalu letih, tak bertenaga. Bila aku makan 1 produk collagen dulu (sekarang dah takde brand tu), dah takde lagi jerawat2 tu... Tapi produk tu dah tak keluar lagi, bermula lah pencarian produk collagen terbaik yang baru.


Ephyra - unleash your confident! Haaa... sebelum jumpa ephyra ni, dah pernah try produk2 collagen lain. Tapi ephyra terbaik la!

Bila aku konsisten minum ephyra, apa yang aku dapat rasa tenaga supermak. Senang nak bangun awal pagi. Kalau tak, sejam lepas bunyik alarm baru nak bangun. Itupun terpaksaa... Sebab nak kena gi keje dan hantar anak. Kalau lagi lambat aku bangun, lambat la keluar. Segala2 jadi lambat, ujung2 aku stress. Lepas tu mata macam berat je. Kalau bole odw gi keje tu nak tido. Kalau sampai opis awal, rasa nak tido kejap. Balik keje petang2 pun bole terlelap sambil bf syahmi. Lepas dinner je aku dah nak tido awal. Senang cakap, asek nak tidooo je, rasa penat, nak rehat je.

Since aku minum ephyra setiap pagi sebelum sarapan, aku rasa mood sentiasa stabil. Bila emosi stabil, fikiran waras, tindakan kita pun jadi lebih tenang dan sabar. Sebab dalam ephyra ni ada kandungan Vit B6 yang terlalu banyak manfaat, antaranya untuk saraf dan menjaga mood dari kucar kacir. Even kalut2 sibuk, penat gila, kena masak, kemas dapur lepas balik kerja, tak ada laa anak2 kena tengking bila buat perangai, tetiba aku macam boleh chill je... Aku ni bukan boleh kalau tengah penat + lapar belum makan, memang rasa nak gigit orang je.

Seterusnya bila emosi dan fikiran dalam keadaan yang baik, senang nak fokus dalam apa2 kerja. Baik kerja kat opis, atau kerja kat rumah. Mood rajin nak kemas rumah, idea nak buat design pun mencurah. Senang cakap, kurang la rasa malas tu... Hari cuti pun mampu bangun awal pagi, semangat buat sarapan awal2. Kalau tak...Aku lagi sedap berlingkau dalam selimut. Lepas tu takde mood nak buat apa2... Nak baring makan tido je. Haha

Lain2 benefit, aku tak belek sangat. Aku ingat nak control jugak rambut gugur ngan skin problems. Tapi tak perasan lah tang tu. Aku perasan jerawat jarang naik je, kecuali time2 nak depat period. Pakai skincare cap ayam pun, ok je. Kulit aku memang problem bukan disebabkan skincare, tapi hormon. Hormon ni kau kena repair dalaman je baru ada kesan.

So korang kalau rasa2 pakai produk luaran semua pun macam tak berkesan sangat, better consume supplement, tak semestinya ephyra la, yang penting produk yang serasi ngan korang. Tapi aku boleh suggest ephyra ni salah satu supplement terbaik.



No comments:

Post a Comment