19 January 2017

Natural Ways Kalau Anak Aku Demam

Rindu opis... Haha. Sila percaya.

Masa kerja kat opis lama, nak cuti sebab jaga anak demam pun rasa tak tenang. Rasa macam kat opis tengah ribut sebab designer cuti. Syukur dapat boss dan leader yang memahami kat opis sekarang ni. Bila aku whatsapp bagitau aku tak datang, boss tanya keadaan anak... , boss dan leader pun doakan anak aku cepat2 sembuh. Ya, kerja tetap kerja. Tapi anak tak boleh ganti dengan apa2.

Ok. Syahmi demam. Aku agak sebab selsema dan batuk. Start ahad malam, badan dia dah panas. Pagi isnin aku rasa dahi.... confirm demam. Amik termometer nak check suhu. Then aku cuti. Observe kat rumah je. Apa aku buat?

ISNIN
- Bf...Bf...Bf... Syahmi tak mau makan. So bf banyak2. Biar banyak kencing. Jangan bagi anak kering kekurangan air. Kadang2 bagi minum air suam.
- Steaming dan percussion.. Tu dia lendir2 hingus kuning2 pekat keluar... Pastu sedut dengan penyedut hingus tu...
- Berendam dengan air suam2 campur secawan ACV (apple cider vinegar). Konsepnya sama macam mandi air lemon. Air yang berasid membantu menarik haba daripada kulit dan keluar dari kepala dan bersurai ke seluruh badan. Apabila haba dapat bergerak ia menjadi satu alat aktif untuk melawan jangkitan...
- Malam nak tido, pakaikan stoken basah, rendam dalam ACV pastu pakaikan. Lepas tu lapiskan dengan stoken kering. Bila stoken yang basah tu dah kering je, rendam lagi, pakaikan lagi. Sampai la ke pagi.
- Lap2 kepala dan badan syahmi dengan tuala lembab. Memang masam la satu bilik.
- Off air cond. Pakai kipas slow mode.

SELASA
Masih demam. Aku pegi kerja tapi halfday. Tengahari aku balik, bergilir ngan zuel. Tengok suhu syahmi stuck je kat 38-39 degree celcius, aku tingkatkan home remedies...

- Steaming & percussion lagi. Sedut hingus lagi. Selagi ada hingus kahak tu, selagi tu aku buat. 2 kali sehari.
- Pagi tu berendam air suam biasa je. Syampu kepala lama2 sikit.
- Urut satu badan syahmi dengan minyak habbatusauda + minyak kayu putih. Lebihkan urutan di tapak kaki.
- Bagi makan 3ml vco (virgin coconut oil) setiap 4 jam...
- Malam nak tido, aku pakaikan stoken berisi bawang merah. Bawang tu letak bawah tapak kaki.
- Letak hirisan bawang merah kat penjuru katil atau bilik untuk membunuh bakteria atau virus di udara...
- Disebabkan suhu macam tak banyak turun, sebelum tido (suhu selalunya tinggi waktu malam) aku bagi pcm sikit, 2ml. Tapi yang masuk mulut ntah berapa ml je, sebab syami luakkan balik...

Kalau malam sebelumnya, bilik baru masam acv, malam ni bilik bau bawang. Haha

RABU
Dah kurang demam. Syahmi pun macam dah lebih aktif dari hari2 sebelum. Tapi still cranky sikit. Selera nak makan ada sikit2... Makan tak banyak, tapi bole la 2-3 suap. Tu pun bubur nasi, aku paksa. Lain dia nak makan pisang je.

- Steaming & percussion, nampak dah kurang hingusnya. Tak sebanyak semalam dan kelmarin.
- Urutan satu badan
- Teruskan bagi VCO 3ml, campur dalam bubur jugak..
- Kalau dia nak main, bagi dia main. Biar anak aktif.
- Tido malam, pakai stoken bawang merah. Memang syahmi rimas nak tarik2 stoken. Tapi nampak berkesan.

Aku cium syahmi pun rasa nak gigit, bau bawang masak!

Alhamdulillah, hari ni Khamis, dah kebah. Cranky tu masih ada kadang2. Nak manja. Aku just share natural remedies cara aku... Kenapa aku tak suka beri ubat kat anak?

PCM atau apa2 jenis ubat demam tujuannya untuk menghilangkan demam dan menghilangkan rasa sakit. Demam berlaku sebab ada jangkitan. Badan panas sebab nak bagi bakteria mati atau virus lemah. Dah kalau kejap2 bagi ubat turunkan suhu badan, macamana badan nak lawan bakteria atau virus.

So kalau demam, kuatkan imun, jaga suhu. Kenapa kena jelum? (jelum ; berjelum = mandi ~ menyapu air (tidak disiram) pd tubuh; - kamus dewan edisi keempat) sebab nak jaga suhu, jangan naik tinggi sangat. Dan nak bagi haba tu beredar keluar...  Air panas dalam cawan, kalau rendam air sejuk kat luar cawan kan lebih cepat sejuk berbanding dibiarkan macam tu je...

Kuatkan imun tu supaya sembuh dari jangkitan. Bila dah takde bakteria atau virus, demam pun hilang. Musuh dah tumbang. Selagi musuh ada dalam badan, selagi tu la demam. Kalau terpaksa makan antibiotik untuk bunuh bakteria, makan lah...

PCM last option bagi aku. Itupun aku bagi kurang dari sukatan yang doctor cadangkan kalau terpaksa bagi... Ubat batuk dan ubat selsema lagi la aku takkan bagi terutama untuk anak yang bawah 2 tahun. So far batuk selsema anak2 aku bole sembuh dengan natural remedies, dan jaga makan. Tapi kadang2 aku pun fail nak jaga makan, asek nak telan cheese, susu, coklat.. Gula... Eiiii. Craving! Benda2 tu semua faktor kahak mudah terbentuk yer...

Bila buat natural remedies ni memang penat la..pastu bau macam2... bau bawang la, bau masam ACV la.. asam jawa la... pastu selekeh... makan minyak VCO la.. dah la tak sedap kan... Pastu lambat nak sembuh.... kesannya bukan dan dan tu jam, berbanding kalau bagi makan ubat, memang cepat baik. Tapi in long term, bakteria or virus boleh imun pada ubat. Makin lama bergantung pada ubat, makin lemah pertahanan badan, sebab badan tak mampu nak berperang sendiri. So kena tingkatkan dos ubat.

Alhamdulillah, aku tengok wyna setakat ni, dah jarang demam berbanding masa dia kecik2 dulu. Masa tu baru badan baru nak kuatkan antibodi, kejap2 demam, macam syahmi jugak. Bila dah besar ni, jarang demam, kalau demam pun mampu aktif macam biasa. Cuma slow sikit. Semuanya atas izin Allah, rezeki Allah bagi, kita usaha ikut mana yang terbaik.

#huntunglahhh dapat urut!
petua baru jumpa :
"Benar, bawang merah diparut dicampur dengan asam lalu diletakan sekeliling ubun-ubun mampu meredakan demam anak saya yang masih 8 bulan usianya."

ok simpan untuk masa akan datang - kalau demam lagi!

No comments:

Post a Comment