25 January 2017

Baby Food Bebetummy

mak tak rajin memang macam ni gais. kalau datang mood rajin, mak gigih masak, tapi tak sedap macam diorang jual ni. tak tau laa kenapa. apa mandrem diorang pakai kasik baby2 ni makan... haha!

ok cerita food untuk syahmi. memang selalunya aku masak je untuk bekal syahmi. menu simple2 je la. macaroni, mee suah, bubur, nasik berlauk... tapi kadang2 tak bawa bekal sebab stock masak2 dah habis. makan la apa yang taska sediakan.

biasanya aku order baby food yang femes masuk tv, aku rasa dia ni pioneer la kut. then itu je yang aku kenal dan ada ramai agent. senang. cuma harganya agak mahal. harga satu tub tu kau bole beli nasi campur kat gelang patah ni. kalau nasi campur kat danga bay tu tak dapat la harga tu...

sejak syahmi start makan solid lagi aku dah beli baby food ni buat side dish. nak bawak travel pun senang. hari ni aku tak masak bekal syahmi, so ingat nak order je la. tengah scroll2 menu baby food (sebab aku memang tak ingat menu tu) aku ternampak baby food brand lain - bebetummy

tengok design, tengok harga, tengok ayat2 power mengayat customer, maka aku pun terjebak! aku adalah jenis customer yang biasanya buat reasearch sebelum order. kalau rajin la. at least, aku cari harga dulu. tu pasal aku selalu bengang ngan seller yang tak letak harga ni. kejap2 kau nak kena tanya harga barang. aku tengok harga, agak2 ok bole beli, terus contact seller, aku cakap nak beli benda ni sekian-sekian. seller pun jimat tenaga jari jemari nak copy paste segala info. aku pun tak suka wasap aku bersemak ngan gambar berderet, info copy paste berjela.

setelah berpuas hati dengan presentation bebetummy di alam maya ni, aku pun order. terus amik pakej. aku tak banyak survey brand lain, so this bebetummy memang lebih murah dari yang aku selalu beli. lepas tu menu dia punya la banyak pilihan, siap pakej ngan dessert pun ada!. 

so mak2, kalau mencari baby food yang banyak pilihan, siap dessert, harga yang bole la tahan - yang penting anak makan healthy food, dan kau tak pening nak masak apa untuk anak. ni aku tepek satu je list menu untuk anak 1 tahun ke atas. yang lain,  mak kena tengok kat fb atau insta diorang ok?





No comments:

Post a Comment