10 January 2017

Kalau kawin lain?

Beberapa hari kebelakangan ni, aku tak tau la apa isu yang viral. Cuma kejap2 terjumpa kes2 poligami. Status kat fb, cerita kat blog dan viral masuk tah mana media sosial macam berita hangat, pasal suami kawin lain. Tapi aku bukan nak komen pasal hal diorang.

Pernah tak orang tanya “macamana kalau laki kau kawin lain?”
Aku pernah. Tapi takde pulak rasa nak cili mulut orang yang bertanya tu.

Tipu laa kalau aku tak pernah terfikir. Pernah fikir. Pernah bayangkan sebab konon nak cuba faham perasaan isteri yang suaminya tetiba ada perempuan lain, atau nak kawin lagi satu. Kalau lelaki minta cara baik pun dah sakit, apa lagi yang simpan dalam diam. Ada suami yang tak mahu sakiti hati isteri tapi mahu juga berkahwin, menyimpan isteri2 yang lain sampai mati. Tahu2 masa meninggal datang isteri 2-3 atau ada sampai 4, melawat tanda penghormatan terakhir, atau lagi sadis nak minta pembahagian harta. Ini pernah berlaku dikalangan kerabat aku.

Aku bayangkan bukan maknanya nak sangat benda tu jadi kat aku. Aku cuba untuk selami perasaan seorang isteri. Aku juga isteri. Nak lagi kalau soalan tentang poligami ni keluar dari mulut kawan non-muslim. Aku nak kena jawab baik2. Salah jawab, habis perspektif non muslim pada agama Islam. Kalau aku jawab macam menyokong, diorang ingat aku rela suami berbini lebih dari seorang. Kalau aku menolak, macam aku menolak hukum agama sendiri. Lagipun orang biasanya mesti pikir, macam tak logik kalau seorang isteri kata dia redha. Kalau betul redha pun orang selalu tak percaya.

Sebenarnya susah nak jawab soalan ni. Aku tak tau macamana nak jawab soalan benda yang tak berlaku. Aku takut diuji dengan jawapan sendiri. Cuma selalu ingatkan diri sendiri, suami itu cuma pinjaman. Suami itu hanya jalan untuk aku mendapat redha Allah. Itu sebab kita kawin kena niat kerana Allah. Selama mana Allah nak pinjamkan, aku tak tahu. Aku tak ada kuasa. Mampu doa je lah. Dan jugak aku doa, kalau kekayaan harta dunia hanya akan membinasakan keluarga aku, aku redha tak kaya... Maksud kasarnya, kalau laki aku kaya pastu dia mampu serba serbi lalu berhasrat nak kawin lagi, kemudian memporak perandakan rumahtangga kitorang, tak payahlah kaya kalau camtu...

Dengan zuel aku selalu ingatkan, laa ni diri sendiri, bini sendiri, anak sendiri pun belum betul lagi, belum terbimbing lagi, tak payah nak menambah bini. 

2 comments:

  1. Replies
    1. haha... yg ada pun belum betul, nak menambah pulak kan

      Delete