02 January 2017

Bebel pertama 2017

Cerita tahun baru. Pasang azam. Biasa la tu. Azam aku carry fwd azam tahun lepas. Haha.

Oleh kerana agak kerap jugak aku memasang azam (read: berangan dan rancangan) jadi azam tahun baru ni tak la terasa sangat. Kena pulak kepala hotak dok berpinau mikir pasal yuran taska dan yuran tadika.

Awal2 bulan ni memang banyak kena bayar sebab ada annual registeration fee. Dan jugak shopping barang anak2 terutama untuk Wyna masuk tadika. Aku punya prepare tu macamkan anak nak masuk sekolah darjah 1. Padahal tadika 5 tahun aje. Tadika yang pegi skool cuma bawak beg kosong isi air masak dan sapu tangan buat lap hingus. Alat tulis ke, buku ke, tak payah. Cikgu kata semua disediakan. Aku kekok mulanya. Tapi sebab tak nak hadap alat tulis wyna hilang, so tak payah la ye ye nak bawak. Cikgu kata tak payah.. tak payah ler. Akak ipar cikgu pra sekolah pun cakap budak2 dia tak ada pun bawa beg sekolah. Semua bahan pembelajaran ada kat kelas. Baiklah.

Oklah. Itu je nak bebel2 dipagi hari kedua tahun 2017. Nak masuk opis, nak sambung tulis angan2. Haha.

No comments:

Post a Comment