10 December 2016

Syarat untuk kuatkan mental

1. Jangan takut buat sesuatu bersendirian. Jangan sentiasa expect buat apa-apa nak ber-geng.
- nanti mati pun tak bawak geng


2. Jangan hidup dalam masa yang lalu. Past is past. Move on.
- dengan orang2 yg berkaitan dengan masa lepas pun aku past. Kalau ada button delete dlm otak, nak jugak aku tekan.


3. Jangan harap semua orang wajib tolong kita.
- dulu aku jenis berharap jugak la tapi lama2 aku sedar dalam life ni kita kena jadi survivor. Terutama kalau kita betul2 susah, takde orang nak tolong. Terutama kalau tengah susah bab duit. Serius.


4. Jangan harapkan semua yang dibuat hasilnya akan dapat serta-merta. Belajar bersabar.
- nak makan kuih keria sedap pun kena uli doh. Kadang jadi. Kadang tak.


5. Tak payah nak beria senangkan hati semua orang. Asal jangan buat orang sakit hati dah. 
- ni satu masalah besar kat aku la... selalu cuba nak tolong orang, nak buat orang happy tapi kadang2 berakhir dengan stress sendiri.


6. Jangan buang masa menyesal benda yang dah jadi.
- almost. Masih belajar untuk tidak menyesal. Kadang rasa menyesal tu kalau benda tu beri impak besar sampai sekarang.


7. Jangan buang tenaga pada perkara yang kita tak dapat kawal.
- seperti membuang tenaga memikirkan benda yang aku takde kuasa nak ubah. Banyak kalau nak senaraikan. Ops!


8. Jangan biarkan sebarang-sebarang orang mempengaruhi emosi kita. Lebih-lebih lagi yang takde kaitan dalam hidup kita.
- sebelum kusut2 otak nak pikir.. tanya diri sendiri "apa untung rugi kalau aku pikir pasal apa yg orang tu cakap?"

9. Jangan marah dengan kejayaan orang lain.
- kalau nak berjaya, doakan orang lain berjaya dulu. Apa yang kita doakan untul orang lain, Allah bagi yang sama jugak kat kita...


10. Jangan jauhkan diri dari tanggungjawab.
- kadang2.. nak rehat. Haha


11. Jangan mengalah kalau gagal kali pertama. Baru first time kot. Failure expected. 
- ada kaitan dengan point no 4


12. Jangan takut ambil risiko.
- tengok tahap risiko dan apa... kalau risiko yang melibatkan anak2 memang patut takut sikit...


- artikel asal dari Diana Ishak

No comments:

Post a Comment