07 December 2016

Sudut Gelap Aku

baca dulu OBSES DENGAN LIFE ORANG
baru bole faham citer aku ni...

aku tak tau la orang lain
tapi aku pernah lalui situasi macam ni lebih kurang 10 tahun dulu...

cerita lama. perangai aku zaman jahiliah dulu.

biasanya orang yang dibenci tu bukan orang yg kita (aku) tak kenal. maksudnya, kalau tengok kejayaan Che Taa ke, Naelofar ke, DCT ke.. tak rasa sakit hati atau jeles pun sebab diorang bukan kawan aku pun... rasa iri ni biasanya dengan kawan2.  tapi bukan jugak kawan rapat tahap transparent gila sampai berak kat jamban pun kau bole cerita ngan dia... melainkan kalau dia ada buat tahik, mungkin boleh jadi benci gila kat orang tu. dalam cerita aku, biasanya orang tu kawan kelas pertengahan, kenal, berkawan tapi tak rapat.

masa aku sekolah menengah dulu, aku ada penyakit hati kat seseorang sampai tahap saiko yang paling teruk lah. dia kawan satu kelas. satu group, selalu rehat dan beraktiviti bersama. group tu ada 7 orang tapi aku bukan yang rapat ngan dia. aku tak suka dia ni... gila2 punya benci sebab dia suka bangga diri. sebenarnya dari sudut positif, dia orang yang yakin diri, berpengaruh (apa dia cakap dan suruh, member lain jarang bantah even tak suka). dalam group kitorang, dia paling hebat la. ok habis sinopsis.

aku punya saiko kat dia tu sampai habis SPM. ada la benda2 bodoh yang aku buat kat dia. sampai satu tahap tu dah terkantoi. tapi bukan secara langsung. dia dapat agak siapa punya kerja. tapi kami tak berdepan. dia sound aku (tapi tak cakap direct), tapi aku pulak buat2 tak tau apa2. haha. bodoh gila. aku cuak. dan akhirnya aku amik keputusan untuk minta maaf melalui text saja. dia tak balas. lepas tu aku move on.

aku cuba jauhkan diri dari group kawan2 sekolah sebab tak nak bertembung dengan dia. ada kawan yg cuba nak jumpakan kitorang tapi tak ada masa (lagipun aku mmg nak mengelak la). tapi atas sebab zaman sekarang ni semua bole jumpe di alam maya, ada kawan satu group yang masih nak intouch ngan aku (diorang yg cari aku) so kadang2 terserempak jugak kat komen kawan2 sekolah yang lain.

lepas tu aku ada stalk fb dia. nak kata tengok dengan sakit hati tu tak jugak. rasa kosong. awkward. just tau.. oo dah ada anak dua. oo dah pindah rumah. oo keje kat sini... cuma kadang2 aku je sorang2 terasa macam komen dia menyindir aku (padahal tak pun)... tapi sebab dulu aku pernah buat salah, memang terasa la sorang2... wakakaka

kan baru2 ni tengah viral, tag siapa kawan duduk sebelah masa korang tingkatan 5 dulu... aku malas layan. tapi ade pulakk yang tag aku - kawan aku yang duduk sebelah aku masa F5. so terjumpa la komen dia ni kat situ... 

lepas tu kak D pulak up entri ni.. .memang macam kena sikit la kat aku. apa aku buat lepas tu? aku block dia. bukan sebab tak kasi dia tengok profile aku yang kebanyakannya public mode, tapi untuk aku sendiri elak dari stalk profile dia, elak terbaca komen2 dia kat post kawan lain. nak kata aku stalk sebab sakit hati tu tak la.. mungkin nak tengok sejauh mana dia yang hebat dulu ni dah berjaya dalam life... 

lebih kurang macam stalk ex bf aku dulu2. aku nak tengok, kita dulu clash sebab perempuan tu, sekarang bahagia sangat ke? kawin grand ke... kerja best ke... lepas clash tu, sebelum aku kawin, kami masih contact, dia pulak cerita yang hebat2 pasal bakal bini dia... profile ex-bf banyak private, so stalk skali profile bini dia... hahah. aku dah tak stalk lepas aku dah tak ada "rasa" lagi bila tengok life dia...

macam kak D kata, sama ada jadi sama baik or lebih baik, atau rentikan la stalk life orang, usually, aku lebih selesa untuk leave. jadi lebih baik, yes, tapi bukan sebab nak kalahkan sesiapa. aku leave sebab tak nak down dengan life sendiri. 

sebelum nak sibuk skodeng life orang lain, aku soal diri sendiri
“apa yang aku dapat bila aku amik tahu hal orang tu?”

kalau jawapan dia “takde benefit langsung kat hidup kau”

so tak payah amik tahu. move on. 

2 comments:

  1. AMboi bukan main pedajal org.. hahaha.. boleh tahan gak ain ni.. #lol~

    ReplyDelete
    Replies
    1. sape suruh carik pasal kan...mihahahaha

      Delete