07 December 2016

Monolog dalam hati

Aku selalu menyoal
Kenapa la nak berada dibawah rahmat Allah itu sungguh sukar
Amalan boleh buat, tapi amalan bukan jaminan kau pasti dirahmati
Amalan cuma usaha

Kerana Syurga Itu Mahal
Dah la mahal, ada macam2 kelas syurga pulak tu...

Kalau kau solat tak pernah tinggal
Allah temukan kau dengan sesuatu yang akan mencabar hati kau
Allah hantar orang yang akan cuba cetuskan api marah kau
Sakitkan hati kau

bila kau marah
bila kau sakit hati
kau rasa nak mencarut
kau rasa nak merungut

kat situ nanti sabar kau diuji
kalau kau tewas, macam sesia je la solat 5 waktu sehari pun tak dapat jadi benteng amarah kau

yang pelik tu, kalau lalai solat 5 waktu tu, takde pulak nak marah2 maki hamun orang...
yela, solat pun dah kantoi, tak payah susah2 setan iblis nak goda hati (nafsu) kau

- aku yang tengah bersabar -

No comments:

Post a Comment