28 December 2016

Kisah donat disuatu malam

Tengah edit gambar donat, tetiba wyna datang dekat aku dan cakap,
"Ibu! Ibu! Nak tuu.. tuuu!" - tunjuk donat gula pasir dalam artwork aku...

"Wyna nak donat?"
"Haa.. nak dua!"

Aku touching. Anak mintak donat malam2 ni mana laa ada jual... siap cakap nak dua. Makin bagus pemahaman bahasa budak ni sejak masuk taska. Aku pulak yang terkesima - pandai pulak cakap nak berapa ketul.

"Esok ibu pagi beli ok?"
Wyna angguk sungguh2...
Aku touching lagi...

Tadi aku dah cuti halfday pi register tadika wyna. Tetiba ticer announce esok ada orientasi pulak... Laaahai... ticer pun tak kasi tau awal2... EL lagi halfday la kot. Tak pergi kang, kesian pulak kalau wyna tertinggal apa2 info...

2 comments: