02 December 2016

Kawan Mak

aku sebenarnya tak ramai kawan sekapal :
sekapal yang bekerja tapi full bf till 2 years
sekapal yang hantar anak ke taska

masa aku kawin, kawan2 yang terdekat ramai belum kawin. yang ada anak lagi tak ramai. yang kawin dulu dari aku pun ramai yang masih belum ada rezeki zuriat.

lepas tu aku beranak. masa tu cuma ada sorang je ex housemate masa belajar dulu yang dah kawin, ada anak 2 dan anak dia full bf over 2 years. tapi dia WAHM. kalau ada issue mak bekerja kena pam susu, dia tak dapat nak komen. then apa2 cerita pasal anak, aku sembang ngan dia.

setahun aku kawin, ada DUA ORANG KAWAN terdekat baruuuu kawin. puan lecturer dan puan editor nama dia. puan editor awal bulan, puan lecturer hujung bulan. masa tu aku baru habis pantang anak sulung. so aku attend wedding puan lecturer sebab puan editor yang kawin awal bulan tu aku baru sangat2 habis pantang, tak berani travel lagi. puan lecturer pun tak pegi wedding puan editor sebab darah manis. kah!

DEC 2011 : aku kawin
DEC 2012 : diorang kawin, sama bulan, lain tarikh. aku sambut 1st anniversary masa wedding salah sorang, dengan bawak baby sulung

2013 : perjalanan aku membesarkan anak sulung. diorang honeymoon lagi.

SEPT 2014 : puan lecturer dapat anak sulung.
JAN 2015 : puan editor pulak dapat anak sulung.
ngandung sama2, gap bulan rapat. tapi lain tahun.

lepas diorang bersalin anak sulung, aku disahkan mengadung anak kedua. tiga bulan selepas Wyna sambut harijadi yang kedua tahun.

NOV 2015 : Syami lahir. hadiah untuk aku, zuel dan wyna - we are "october"ians. haha
SEPT 2016 : puan lecturer dapat 2nd baby
2017 : coming soon for puan editor (sorry kalau salah kira ekk)

nampak bergilir kan "pass baton" every year.. saja nak rekod kat sini. nobody cares pasal entry aku ni, cuma aku nak tulis "diari"... pasal "unik"nya friendship ni... yeah...

semalam aku memang letih. masak pun tak. kalau ditanya pasal nak tambah anak, memang rasa tak nak. aku tanya zuel... nak anak lagi ke? zuel jawab "kalau ada..ada la.. banyak lagi senarai nama belum letak"

amboi bang!

sebut pasal jangkit (mengandung pun bole jangkit2) kalau dalam lingkungan kawan2 aku, biasanya anak no 3 tu gap agak jauh... jauh dalam 4-5 tahun. haaa... aku ni tak tau la cemana. kalau tanya sekarang ni memang belum ready (hahah... cakap lom ready, kalau ade, terpaksa la ready kan!).. penat. yala.. jadi mak memang penat selagi anak tu belum pandai hidup sendiri... kalau panjang umur, dah tua, anak2 dah ada life sendiri, rasa sunyi pulak...

pagi tadi lepas subuh, macam biasa pumping session. lepas siap, aku kata kat zuel "haii laa syahmi, dua tahun ibu nak kena pump ni..."
zuel kata "setahun je lagi..."
"....lepas tu ada anak lagi" sempat lagi sambung ayat.
"alaa... tak bersara lagi la berkawan ngan pump" *aku gelak

bukan tak syukur, just cakap je...sebab tengah penat, kadang2 tu jemu... malas2 pun still nak terus bf anak sampai 2 tahun InsyaAllah. bila stok makin sikit  baru tau cuak...hihihi

hari tu zuel tanya "takde kawan yg hantar anak gi taska ke?"
nak tahu macamana jadual perjalanan diorang...berapa minit pegi opis, hantar anak etc...
ada tu ada la.. tapi diorang ni semua perimeter rumah - taska - opis dekat2 je. takde isu kena hantar awal tapi lewat ambil... kena cas OT pulak... tak redah jem panjang2...

"kita je rumah kat ladang kelapa sawit"

No comments:

Post a Comment