21 December 2016

Dhuha & Tahajjud - Usaha kecil, besar manfaat


aku tengah sarapan kat kopitam masa baca confession ni. lepas tu cepat2 habiskan makanan, nak taip blog sebelum aku lupa apa yang aku nak bebel pagi ni...

bila part dia kata, kereta dia accident total lost, aku realize satu benda yang aku selalu lupa. Tak semestinya Allah beri apa yang aku mintak dengan cara yang aku fikir. fikiran seorang hamba tu memang terbatas. Tak semestinya Allah beri dengan cara bahagia, gembira, suka dan segala yang penuh keterujaan. Ada cara kena sedih, sentap, hilang sesuatu, then baru Allah beri apa yang diminta.

macam dalam confession tu, dia minta diselesaikan hutang2 sebelum kahwin, siapa sangka hutang kereta diselesaikan dengan cara kereta dia accident, total lost, hutang kereta ditanggung oleh pihak insurans. ingat best ke accident, siap kereta jahanam terus tak bole pakai? tapi disebalik kejadian accident tu, dia dapat la apa yang dia mintak - hutang kereta settle.

itu sebab, doa kena spesifik. aku bukan mention kat penulis ni K. kalau nak mintak hutang kereta diselesaikan, kena mention betul2 apa yang kita harapkan, contoh "ya Allah, aku mohon kau selesaikan hutang kereta aku tanpa kau ambil semula kereta tu, elakkan dari segala musibah"...

aku pun kadang doa tak spesifik. kadang aku rasa tak tau macamanana nak detail, aku doa on surface je, macamana nanti aku redha je apa dan bagaimana Allah nak beri. mintak jugak Allah bagi hati aku redha dengan pemberian dia.

cakap pasal hutang... aku ada satu lagi hutang CC belum langsai. dulu aku pakai 2 CC, satu dah full settlement dua tiga tahun lepas. lega. selain lega settle hutang, lega lagi takde collector call2 mintak bayar... kah! 

ok bukan nak citer sangat pasal tu. tapi lepas aku baca confession tu, aku ingatkan diri ni sekali lagi, hutang bole settle dengan kuasa Allah, bukan dengan cara yang aku fikirkan saja. kalau aku...  secara logiknya - tiap2 bulan kena allocate certain amount untuk bayar hutang. tapi kalau mintak Allah settlekan, ingat bole pakai cara tu je ke? banyak cara Allah bole bagi settle, Allah nak bagi tak pakai logik manusia. cuma aku je tak terfikir. kerja aku cuma mintak je la. Aku berusaha bukan untuk bayar hutang tapi usaha itu cuma mencari jalan bagaimana Allah dapat salurkan bantuan dia kepada aku... sebab tu ada usaha yang tak menjadi. mungkin bantuan Allah tak sampai dengan usaha tu. kena usaha cara lain pulak.

aku belajar untuk minta dari sekecik-kecik benda kepada sebesar-besar perkara. nak beli sesuatu pun doa mintak dengan Allah. dulu usatazah sekolah agama kot... pernah cakap, awak nak hilangkan jerawat, awak mintalah dengan Allah "ya Allah, hilangkan la jerawat aku" - masa tu aku budak, bole tersengih dengar ustazah cakap. ada ke nak hilangkan jerawat pun nak berdoa. pakai je la ubat jerawat. aha... ubat tu usaha je, nak ilang ke tak, Allah je yang ada kuasa. kalau Dia tak izinkan, kau operate jerawat tu sekali pun tak hilang!

kay lah, itu je aku nak bebel. nak sambung tulis wishlist.

tambah sikit :
ibadah ni terutama yang sunat ni, besar manfaat tapi nak istiqamah tu payah. hari ni buat, esok tak. *aku la tu. doalah mintak Allah gerakkan jasad dan hati untuk kekal istiqamah dalam beribadah. Aamiin!

No comments:

Post a Comment