13 December 2016

Chicken Cheese Veggie

Dalam bahasa melayunya
Sayur Ayam Berkeju

masa syahmi dalam lingkungan umur 6-8 bulan, aku banyak beli je baby food untuk bekal ke pengasuh. beli kat BeBj. klik sini : https://www.facebook.com/BabyEatsByJustlixa/

biasanya restock sebulan dua kali. ni option untuk mak2 yang nak anak makan healthy food dan sedap tapi tak sempat buat atau buat sendiri tapi tak jugak sesedap dan banyak flavour macam produk BeBj *aku ler tuh... kahhh! area aku memang agak senang dapat sebab ada agent yang selalu restock dan COD kat aku. 

aha.. jangan ada pulak mak2 nak bertekak kata... buat sendiri lagi sedap sebab ada air tangan mak dan penuh kasih sayang. yerlah, kalau mampu, buatlah. memang itu terbaik. tapi tak payah acah2 kondem mak2 yang asek membeli je untuk anak dia. at least mak2 yang beli baby food macam produk BebJ ni much more better dari yang bagi anak nestum dalam tin.... 

lepas syahmi setahun dan dah masuk taska, aku prefer masak. lagipun taska cuma sediakan makanan untuk 1.5y-2y above sebab takut kalau anak orang ada alahan apa2, atau masih belum boleh makan makanan yang kasar... tak berani la nak bagi kan. umur anak setahun, dah makin banyak jenis food yang boleh dipelbagaikan. syahmi so far nasik impit atau nasik kuah sup dah bole kunyah walau gigi baru 6 batang kat depan.

masak makanan anak ni mudah, bahan asas je ok dah. kat rumah aku, stok telur, sayur (brokoli, carrots, bunga kobes, labu...kentang... ), daging ayam cincang. aku beli frozen dalam plastik cap ramly sebab malas nak cincang sendiri. sebenarnya beli isi ayam pastu cincang sendiri lagi baik, yang frozen tu mungkin dengan kulit ngan lemak2 ayam sekali dia cincang. tomato puree, chicken stock dan pasta (cous cous / spagheti / macaroni), daun sup, keju... benda2 ni semua bole bertahan agak lama, so senang nak masak bila2...


Bahan-Bahan
Daging Ayam Cincang
Sayuran *brokoli, carrots, cauliflower, aku hiris halus2
Bawang putih (cincang)
Bawang merah (cincang)
Unsalted Butter
Keju Bega diparut
- kalau boleh elak guna keju jenis slices tu sebab tinggi garam.

Cara-Cara
1 Cairkan butter, berapa banyak? Butter tu bentuk rectangle, aku potong slice butter tu lebih kurang camni...

kalau nak banyak butter, letak la lebih2.. takde sukatan tetap

2  Tumis bawang2 sampai layu dan bau sedap
3 Masukkan daging ayam cincang, gaul2 sampai masak. Kalau kering, tambah air agak2 basah.
4 Masukkan sayuran.
5 Parutkan keju... atau kalau aku malas nak marut, aku potong dadu je keju block tu, masukkan dalam periuk, biar dia cair...
6 Bila dah agak berkuah, tutup api. 

Pastu dah sejuk, boleh simpan asing2 ikut bekas cukup2 untuk anak makan. Kalau ada banyak lebih, boleh bekukan. Bila nak makan nanti, tambah je dalam pasta. kalau nak buat spagheti, tambah tomato puree sikit, dry herbs... dah siap...

Sedap je. Lidah orang tua memang rasa kurang “kick” sebab takde garam gula... tapi lidah anak masih sensetif, dia rasa sedap dah tu...

Alah, pagi2 dah bebel pasal food anak. Masakan anak ni rules dia no salt, no sugar, NO MSG. lain2 tu, ikut mak2 la nak campur cemana, asal tak rasa pelik sudahlah. Baby food ni kalau base dia butter + cheese, memang dah sedap! aku pun boleh makan.

No comments:

Post a Comment