09 November 2016

Wordless Wednesday

aku lihat keliling
sering mengira rezeki dan nikmat hidup orang lain
cemburu dalam diam
hingga lupa apa yang Allah telah beri tanpa aku minta
nikmat paling mahal - rezeki SIHAT

rezeki yang kau tak payah susah payah nak dapat
macam susahnya kumpul duit nak beli sesuatu

banyaknya duit
merata berjalan
gigihnya bekerja
semua sudah tiada makna kalau SAKIT

Sakit penghapus dosa
Tapi sihat itu peluang menambah pahala

2 comments:

  1. Ingatkan Wordless tadi .. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wordless laa ni.. kalau tak lagi panjang.
      hehehe

      Delete