18 November 2016

Rich Paper

sebenarnya takde la point utama tu nak berbisnes sangat, cuma nak bagitau, sebenarnya aku memang ada amik order untuk graphic design dan printing. cuma selama ni, aku just amik kalau ada orang request je. lepas tu aku peram artwork tu semua dalam portfolio.

banyak kelemahan dan jugak terlalu banyak benda yang aku pikirkan, sebab tu aku tak open design kat public. but... no harm to start kan. 1 perkara yang aku tabik, ada je orang berani jual design dia even design bukan pro pun tapi bole jual, ada demand, sebab dia berani. design kalau hebat capai langit ketujuh pun kalau tak berani, ko kepam je la artwork tu... huhu. aku ni... selalu cakap design aku tak hebat pun. tapi sebenarnya ada jugak yang sudi beli. hihihi... actually tengok siapa clients kita la... 

since keje tempat sekarang ni, banyak design yang aku dah buat dan akan buat, banyak yang aku belajar dari boss aku. jawatan je graphic designer tapi job scope aku ni dah macam consultant. boss cuma brief project, tapi design concept aku yang buat. lepas tu kena present. meeting. dealing dengan printer atau client luar. aku takde experiance tapi boss kadang2 macam over confident je kat aku suruh buat macam2. ke aku yang tak confident? haha

langkah pertama, aku pi register SSM. konon2 dah ada SSM tu bole jadi motivation nak start serius dalam freelance. tu pun amik masa lama.. aku pikir balik, dah tu takkan lagi 2 tahun ko renew SSM sesaja? Register SSM tak agak2, sekali 2 tahun terus - Zuel punya cadangan.

Like FB Page : RICH PAPER
Bookmark blog : RICH PAPER STUDIO


2 comments: