07 November 2016

Kenapa kena solat awal waktu?

Sebab seruan azan itu adalah panggilan Allah, boss seluruh alam. Kalau boss opis panggil, bole tak kau lenggahkan lagi sejam dua?

Sebab... lagi lambat kau solat, lagi kelam kabut rutin kau. Katalah Zohor tu masuk pukul 12.51pm, tapi sebab lapar, kau decide nak pegi makan dulu. Sekali order lambat sampai, makan2, tersedar waktu lunch dah nak abes. Apa jadi ngan solat kau? Kau solat dengan kecut perut sebab dah terlewat masuk opis lepas lunchtime.

Sebab maghrib tu sekejap je. Kau balik keje bersesak atas jalanraya. Konon nak sampai rumah cepat2, bawak kereta macam lipas putus kaki, nak mandi dulu baru solat. Tapi last2 kau habis bagi salam, sayup2 kau dengar azan Isya'.

Sebab... Isya' itu waktunya panjang maka kau suka solat sebelum masuk tidur. Tapi lepas berpenat dengan kerja rumah, sebelum tidur agak2 nak rehat kejap. Lama2 mata pun ngantuk. Tapi kau tetap tak dapat nak tidur sebab teringat kau belum solat Isya'. Cuba solat awal waktu, tentu dah dapat tidur awal dengan lena.

Aku cakap pasal aku.

1 comment: