22 November 2016

Business For Sale?

aku baru baca status zuel kat fb, pasal dia nak let go IZPhotostudio. pagi tadi kitorang ada la borak2 pasal ni. dia kata dah penat, dah tua... nak tutup business tu, sayang pulak sebab demand masih ada. Orang kawin tiap2 minggu, mesti cari photographer.

tetiba aku pun sedih. banyak memori dengan IZP. IZP jugak yang “mengikat” aku dan zuel. sejak tu, aku involve dalam editing dan manangement, tinggal lagi aku tak berdaya nak pegi shoot sendiri je. kalau mampu, aku pun pegi shoot jugak kot.

aku start edit gambar2 kahwin IZP. dari situ aku dapat few freelance job edit gambar kawin orang lain pulak. aku mekap album. buat template sendiri. cipta editing "trademark" untuk IZP.

aku “bela” IZP dari tak ada logo, sekarang dah ada. dari IZP pakai website paling huduh, sampai sekarang dah berubah banyak wajah. aku belikan domain dan hosting, roger2 akak programmer sebelah ni. Blasting promotion dimana-mana, reply email, beli ruang iklan, setup fb page, jadi pengiklan tegar kat mudah... 

Walaupun IZP tu takde la gah sangat macam wedding photographer lain, tapi kalau google pasal jurugambar perkahwinan johor, senang je nak jumpa IZP, berbanding dulu. Sekarang ni dah takde iklan gila2 macam dulu pun masih ada yang contact nak booking.

aku pun dah tak sempat nak uruskan IZP sejak 2 tahun lepas... jadi banyak kerja management dan editing, zuel yang buat. aku edit custom album je. itupun bila dah hujung2 nak deadline baru sibuk siapkan. 

2 comments:

  1. KEnapa entry ni macam tak ada ending .. hhahahaha..
    C'mon ain .. jangan mainkan perasaan saya.

    ReplyDelete