02 October 2016

Erti Bahagia

Orang miskin kata bahagia ada pada kekayaan.

Orang sakit kata bahagia ada pada sihat.

Orang yang berdosa kata bahagia ada pada kesempatan bertaubat.

Orang yang rindu kata bahagia ada kalau pasangannya di sisi.

Orang yang berpegang pada agama kata bahagia ada pada tunduk dan patuh mengikut garis yang ditentukan Allah.

Ada manusia cintakan kehormatan dan kemuliaan maka segalanya diikhtiarkan untuk sampai ke tujuan tu.
Padahal sesetengah orang tak peduli pun.
Apa sangatlah ada pada rasa hormat orang, asal dapat hidup selesa jadiklah.

Ada manusia berhabis tenaga bersusah-payah mencari duit dan harta.
Padahal sesetengah orang tak peduli.
Asal hati tenteram, asal lekat baju menutup aurat, janji tak berlapar, jadiklah.

Ada orang lupa siang malam mencari nama, pangkat, pingat untuk disusun kat dada.
Padahal ada golongan yang tak lekat pun kat hatinya gelaran dunia

Ada orang yang sentiasa nak dirinya dilihat, mencari populariti.
Ada orang lain yang sentiasa nak elakkan dirinya dari jadi bahan tumpuan.

Bahagia itu membawa makna berbeza sesuai dengan tujuan manusia.
Kadang ia bahagia untuk orang lain, tapi tak untuk kita.

**cuma nak dedicate last quote tu untuk diri sendiri. Nantilah tulis blog. Kalau ada mood.

No comments:

Post a Comment