17 October 2016

Bila supermak bertukar hijau macam Hulk

Semalam aku nangis sambil gosok baju kerja. Kepenatan. Marah. Geram. Agaknya semua emosi bercampur.

Kalau ada supplement supermak, kalau kau makan je terus super energy + positive mood 24h... tak tido pun steady je... confirm laku gila.

Jadi isteri + emak. Kerja tak pernah habis. Kalau sempat habis pun, kau kena ulang2 buat kerja tu lagi dan lagi sampai masa tido. Itupun sebab fitrah manusia kena tido. Kalau tak perlu tido, rasanya ramai jugak mak2 yang tak nak tido sebab nak sambung siapkan kerja. Tido seorang emak yang ada anak kecik pun bukannya bole lena. Malam2 anak bangun nak menetek. Apalagi kalau jaga anak sakit.
Jadi emak, kadang2 takde niat nak marah dan pukul anak. Aku dalam fasa ada anak berjiwa besar, nak tolong buat kerja rumah. Budak berkaki tangan sekelemut yang nak cuba2 amik seterika baju yang tengah panas, nak tolong gosokkan. Look, dalam keadaan dah lewat malam, yang kecik menggagau main ntah apa kat rak tv, main pintu almari, aku pulak penat dan tak happy (tapi masih kena prepare untuk hari esok) aku cuba tak mahu marah2, aku cakap berlembut tapi akhirnya sabar aku ranap. Terus anak berlari masuk bilik... malam tadi anak aku tido dalam emosi yang kecewa sangat.

Aku pernah baca.. yang kita tak digalakkan menjerit dan tinggi suara pada anak. Ya. Aku tak begitu sabar kalau aku dalam keadaan :
- nak cepat siap
- risiko bahaya pada anak (cth nak pegang seterika even dah cakap benda tu panas)
- dalam penat dan marah

Bukan niat mak bapak nak tengking anak, pernah baca komen, dalam sesetengah keadaan, kita dah cuba cakap baik2 tapi tak berkesan. Akhirnya bila dah tinggi suara atau acah2 dengan rotan, baru laa nak dengar kata. In my case, biasanya zuel lebih softspoken pujuk anak. TAPI KALAU TAK BERKESAN, DIA PAKAI MODAL
"....NANTI IBU MARAH... " (-_-!!)

Aku kata... dia bole la nak selalu lembut2 ngan anak, sebab dia tak selalu hadap kalau anak buat perangai, tak serabut dengan house chores. Aku pernah cakap "SEBENARNYA MAK TU BUKANNYA NAK MARAH ANAK SANGAT PUN".... cuma lebih pada "protes" atau tunjuk perasaan. Harap kaum bapak2 mohon faham. Tak faham kalu.. baca apa ustaz Ebit nak cakap ni...

2 comments:

  1. klu sy nak marah. sy marah je. cuma takde la tempik mcm tarzan or pukul sampai birat2. kekadang psychology method x boleh digunapakai dlm situasi tertentu. hahahahaha!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak percaya tak, sy pernah je bertempik....once and lepas tu terus terdiam semua. hahahahah

      Delete