13 October 2016

Air tangan isteri

Lama2 fedup jugak la orang cakap2... pikat suami dengan air tangan isteri, suami tak cari lain bla bla bla...

Aku dengar komen kat radio semalam. Zuel cakap la as a joke "isteri saya tak takut air tangan perempuan lain, suami makan air tangan jantan lain, kat kedai tu mana ada lagi dah tukang masak perempuan, jantan je semua" - merujuk pada beberapa kedai makan tempat kitorang selalu tapau dinner lepas balik kerja. Biasa restoran masakan siam atau kelantan ni ore jante yang masak.

Aku cubit perut zuel. Dengan mimik muka makcik2 nak membebel :
"Alaaa... kalau dah gatal tu, gatal jugak la!! Bukan takde bini yang rajin masak, masak sedap, rumah kemas, rupa cantik bagai... tapi laki kelain jugak!"

Tapi kata kaum aku - at least kita dah buat yang terbaik, so orang tak salahkan kita kalau suami cari lain. Gitu la orang perempuan, asyik pikir nak jadi sempurna untuk lelaki tapi aku rasa lelaki takde la susah payah nak jadi sempurna sebab takut bini lari... kalau awek tak sempurna bole cari lain, kalau bini lari bole kawin lagi kan...

Aku sambung lagi.... "..... yang penting jaga solat, mengaji, solat berjemaah, itu yang utama nak pelihara rumahtangga" - ni aku cakap untuk kitorang sendiri la... bukan tuju kat orang lain. Sejak ada anak tu memang dah jarang sangat dapat solat berjemaah dan mengaji. Mengaji sorang2 pun dah jarang. Sibuk nau dengan urusan dunia. *astagfirullahalazimmm

Sebut pasal jadi isteri terbaik, haa itulah. Itulah sebab adanya medan perlumbaan nak jadi perempuan, isteri, ibu yang paling sempurna. Sempurna = terbaik.
Homecooked
Bawak bekal untuk suami dan anak2
Pandai kemas rumah
Pandai menjahit
Pandai susukan anak sampai 2 tahun
Pandai jaga anak
Pandai didik anak

Segala-galanya pandai lah... bila dah pandai, orang pun kata untung suami dia.. PANDAI DIA JAGA SUAMI DAN ANAK2...

yeah rite... yang tak sempurna tu macam tak pandai jaga, yang bercerai berai tu sebab tak sempurna... (-_-)

Kalau cakap "aku balik lewat dah.. nak masak cemana" - kena chop orang yang suka bagi alasan. Gitu. Gigih la aku balik keje tak terus mandi, cuci botol2 susu, corong pump, masak, kemas dapo.. pukul 9 malam baru dinner. Lepas dinner sambung ngemas lagi bekas2 dah makan tu. Dapur kena clear sebelum tido.

Kadang aku pun jadi stress nak buat yang terbaik, nak perfect macam apa yang aku nilaikan kat orang lain (kes tengok life orang la).. tapi kadang2 bole jadi punca kemurungan dan kemarahan bila aku tak capai seperti yang aku bayangkan.

Sebenarnya perjalanan life kita lain2. Buatlah terbaik semampu yang boleh. 

1 comment: