03 September 2016

Bukan fitnah tapi jangan melulu

Dia macam ni. Kau terlibat dengan konflik dengan satu pihak. Lepas tu.. pihak tu pegi cerita ngan pihak ketiga. Tetiba pihak ketiga call kau terus bagi nasihat bagai. Terus nasihat! Takde tanya apa kisah sebenar pun. Kau pun rasa macam tercekik pasir bila dengar ayat2 nasihat tu terang2an laa menyalahkan kau. Kau emosi. Jam tu jugak rasa nak bangun pertahankan diri. Tapi... tetaplah duduk. Mengiyakan aja. Biarlah kalau orang2 itu terus pandang serong. Kadang2 memang rasa nak explain A-Z.

"Tapi bila memikirkan explanation tu akan jadi terlampau panjang, aku ambik keputusan tak payah cerita je lah sudah. Sukati kau lah nak dengar apa pun. Sebab bagi aku, kalau kau nak dengar kebenaran, kau akan dengar dua-dua belah pihak, bukan sebelah pihak aje. Jadi bila kau hanya percaya pada kata-kata sebelah pihak aku beranggap kau memang taknak dengar penjelasan aku pulak."
*petik ayat kak D.

Eh penatlah nak ulang cakap. Patut aku record je cerita, senang sikit nak rewind.

2 comments:

  1. Sebenarnya tertanya-tanya. Diana Ishak ni siapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blogger. Suka baca blog dia sejak beberapa tahun lepas, sebelum dia popular.

      Delete