01 September 2016

Stroller, Car Seat, SSC dan Walker

Masa nak bersalinkan Syahmi, kali ni aku lebih concern pasal baby travel gears iaitu :

STROLLER
Stroller wyna dulu, brand Sweet Cherry, beli kat Jusco. Berat ya salammm.... memang sekali je la aku bawak keluar masa zuel takde. nak tercirit rasanya bila aku angkat keluar dari boot kereta. berat dan bulky. kalau masuk boot je, ko dah tak boleh masuk luggage baju empat segi beroda yang macam orang bawak naik kapal terbang tu. kalau balik kampung bawak beg tu + stroller, maka beg tu sila duduk kat seat belakang. Then, sejak dah parking masuk dalam stor, aku pun jual je murah2. so belajar dari pengalaman. Turn Syahmi, beli stroller lipat payung. memang laa takkan seluas stroller yang kecik sikit dari baby cot tu tapi bukan aku nak tidokan anak dalam stroller pun.

Aku beli stroller ni pun sebab nak support bisnes member. member merangkap client aku jugak la. pernah order printing items ngan aku. aku segan. balas la beli barang dia pulak. lagipun harga boleh consider. aku amik pakej sekali dengan car seat. bayar 2 kali installment sebelum syahmi lahir lagi.

Seperti yang aku jangka, stroller ni berguna jugak bila Wyna pun nak duduk sama dalam ni. So, kalau Wyna nak duduk dalam stroller, Syahmi aku dukung aje. Takde masalah.

Koopers Galeo, berat 7kg, kalau aku masih bole angkat sebelah tangan. 
Bole baring habis, tapi kalau nak letak baby newborn, better letak alas macam stroller pad

CAR SEAT
Masa zaman wyna dulu,  takde car seat sendiri. ada pun yang orang bagi, aku kadang2 annoying jugak dengan orang yang bagi barang tapi macam bagi benda yang layak masuk recycle factory je, dengan belt yang dah loose, langsung tak selamat nak pakai untuk long distance. masa wyna, aku hantar pegi balik dekat taska area rumah je. so tak pakai la car seat. Car seat yang orang bagi tu, pakai kalau terdesak macam tetiba kena amik zuel balik keje sorang2 ke... memang sangat jarang pakai la... bila turn syahmi, aku kena hantar jauh dari rumah, car seat yang proper sangat penting. Beli sama brand, sama color dengan stroller. Pakej. 

Car seat ni ada warranty sampai 4 tahun. boleh pakai sampai budak umur 4 tahun jugak. Wyna pun kadang2 main2 duduk dalam car seat ni. saja la tu... nengok adik duduk dalam tu, dia pun nak jugak... lagipun wyna jenis badan kecik, masih muat. takde isofix. bukan jenis car seat yang bole buat baby carrier / attach dengan stroller kerana saiznya yang besar. Kualiti ok, menepati piawaian standard keselamatan baby car seat antarabangsa. tapi takde la empuk sangat. syahmi pun bukan selalu travel berjam2 duduk dalam tu....

bole recline 4 posisi. untuk saiz dan jenis macam ni,
aku rasa harganya lebih murah berbanding dengan car seat brand lain...  

BABY CARRIER - SSC
Again, masa wyna pun takde benda ni. adik ipar bagi pinjam je ada. tapi bukan jenis SSC, tapi CC (crotch carrier) - apa tu? taip “crotch carrier” kat google search, pastu baca. aha, bab ilmu join fb page MBW - malaysian babywearing - hanya untuk mak bapak yang concern je la. kalau jenis tak concern macamana nak gendong anak tu, ikut la gaya mana nak pakai. 

aku tak la expert sangat bab ni. yang penting, basic nak gendong anak kena betul. nak belajar membelit2 wrap tu tak dan la. belit kain batik lepas je aku lulus. dapat pakai baby SSC yang selamat dan bagus pun dah memadai. kena master nak buat back carry pulak nanti.

aku decide nak guna SSC yang dibuat dari material kain woven. Disebabkan banyak nau benda aku nak request, maka aku pilih local brand jer la - Jumpsac. pendapat aku kualiti tak la setanding Boba tapi okey. Aku bole compare ngan boba je sebab itu aje SSC yang aku pernah try pun. Kualiti SSC Boba memang tip top, sangat detail even part stitching pun. Jumpsac ni ada saiz untuk baby, toddler dan preschool. since wyna asek nak berdukung, terasa macam nak beli saiz preschool jugak. hihihi.

takde pulak pic berdepan masa pakai Jumpsac... 

Sebulan aku tunggu SSC ni sebab pre-order. bila dah dapat, mesti la excited.  tapi frust sikit. ada satu webbing tak jahit elastic rubber. So aku hantar balik untuk jahit elastic band tu. Service memang laju, tapi communication dengan customer sangat sangat sangat laa slow. Bukan aku je komen benda sama, customer lain pun. aku pm kat fb, kat email, kat whatsapps... hmmm ada yang tak reply, ada yang berhari2 baru nak reply.

Barang aku hantar, diorang terima, jahit, terus hantar balik kat alamat yang tertera kat CN tu tanpa apa2 jawapan. padahal aku nak suruh send kat alamat opis. Panik la kejap parcel sampai kat rumah, takde orang. Dah la aku tanya apa sume tak jawab. Nasib baik la dapat notis suruh collect kat pejabat pos. Lepas dah berapa hari baru feedback kat email. aku tak reply. malas dah,

WALKER
ini takde dalam wishlist. tapi tetiba babysitter mintak sebab risau syahmi melasak, panjat sana sini, takut jatuh katanya. Pastu zuel cakap jiran kitorang ada offer nak bagi je walker. kalau ikutkan hati ni, malas la nak amik orang punya (yang selalunya tak semenggah - stok layak hantar recycle factory je)...

ok la, aku bagi la chance, cakap nak tengok dulu. zuel cakap watpe nak beli baru, letak kat rumah orang pulak tu. fine. sekali dapat memang masih dalam kotak la. bila aku keluarkan... rasa nak marah pun ada. sabar2. aku tanak la sampai nak menghina (even aku yang terasa macam dihina).... aku diam. keluarkan sikit je, tengok dia punya seat pun aku dah mati rasa. aku suruh zuel tengok. pastu dia diam je. aku rasa dia diam sebab malas nak argue cakap kat aku benda tu masih bole je nak pakai.

hati aku sebak membayangkan kalau syahmi duduk dalam tu. dalam seat yang plastik bawahnya dah bercarik2... dengan kotornya. tak tau dah berapa tahun punya barang, dari zaman abang jiran tu punya. anak bongsu jiran tu pun sekarang dah darjah 1. ntah plastik walker tu dah reput ke ape ke... kita mana tau kan... even letak kat rumah babysitter, macam dah tak mampu sangat je bagi anak duduk dalam walker macam tu.

aku bukan mintak beli walker mahal2 pun, tapi biar la yang senonoh. aku bukan fussy gila. benda kalau senonoh lagi, aku ok je. aku banyak jugak la beli barang second hand. ini stok barang dah barai yang ngko sendiri dah tak nak pakai pastu pegi bagi kat orang. aku hangin betul ngan orang camni.

zuel ada hati lagi tanya berapa nak bayar kat jiran tu... kalau ikutkan emosi aku ni, nak kata, kalau aku laa yang bagi orang barang dah barai macam tu, seringgit pun aku malu nak mintak. laa ni dah tersadai dalam stor, buat semak. nak letak kat tong depan kang takut jiran sentap pulak...

.....then weekend tu kitorang pegi cari walker

No comments:

Post a Comment