04 August 2016

Contact lens dari siang ke malam

Aku seorang yang rabun jauh. Sejak form 2. Sebab memang berangan nak pakai spek, so sengaja la pi tengok tv dekat2. Bongok tak? Harap anak2 aku tak buat kerja merepek yang bakal mereputkan poket mak pak dia. Bila aku rabun, yang kena buatkan spek aku sah2 la mak pak aku.

Power spek pertama aku masa tu 90 je. Lepas tu naik2 sampai sekarang dah hampir 20 tahun rabun jauh, power around 250-300 dengan sedikit silau.

Masa aku dah belajar kat kolej kot (ke dah keje ek?) Aku dah pandai pakai contact lens. Bahasa melayunya kanta lekap. Masa tu aku try brand Multisol - cuma kat focus point je ada jual brand ni. Lens yang transparent je. Lepas2 tu makin pandai la pakai color lens la, try brand macam2 la.... Termasuk la lens korea yang murah dalam botol kaca tu. Aku pakai kejap kot. Lepas tu tak berani dah beli lens yang macam takde tauliah ni.

Ok.. lepas aku buat spec yang latest kira2 5 tahun lepas, aku dah jarang pakai lens. Kadang2 je time nak melawa dan masa kahwin. Sampai laa spek aku patah kat tepi frame sebab wyna terpijak bulan 3 hari tu. And buat masa ni aku ikat ngan getah rambut yang kaler2 tu. Kena menabung pulak nak buat spec baru. Alahaaaai!

So sementara ni aku pakai lens. Selekeh kot pakai spec dengan ikatan getah. Hehe. Aku tak ingat macamana aku bole test lens ni. Just baca kat web mrlens, aku beli dan pakai, pastu aku rasa lens brand ni selesa sangat!

Aku pakai lens waktu kerja dari lepas subuh sampai ke maghrib, baru la bukak. Kalau lambat sampai rumah, lambat la bukak. Sebelum ni, bila dah pakai lens berjam lamanya, mata aku akan letih dan kering. Pernah terpaksa kecilkan mata bila dah pakai lens sampai malam, asyik nak berkedip sebab mata pedih, silau, berair dan tak sabar2 nak bukak lens yang aku pakai tu.

Tapi bila dah pakai lens biofinity ni, pakai lens sampai malam pun masih rasa ok. Malah tak terasa macam pakai contact lens. Lens biofinity ni memang dicipta untuk pemakaian dalam jangka masa yang lama. Ia dapat menyerap lebih banyak oksigen, dalam masa yang sama ianya lembut dan tak mengeringkan mata. Korang bole google search tentang contact lens yang paling banyak menyerap oksigen. Mata yang pakai contact lens biasanya akan terhalang atau kurang mendapat oksigen, sebab tu boleh berlaku mata kering, pedih, letih, merah etc... Hanya jenis2 contact lens tertentu je yang ada kelebihan bole pakai lebih lama sikit dari contact lens biasa. Sebab tu harganya pun mahal sikit.

Satu lagi contact lens yang punya kelebihan yang sama ialah air optix day & night... tapi lagi mahal la. Aku pun tak pernah try yang tu. Memang betul, pemakaian kanta lekap ada hadnya. Tapi kalau korang terpaksa pakai lens berjam lama, bole try brand ni. Memang sesuai untuk pakai lama berbanding brand lain. Cuma takde la anak mata tu nak kaler2.. lens ni cuma ada transparent lens je.

Aku cuma pakai monthly disposable lens, maksudnya sepasang lens boleh pakai selama sebulan je. Lepas tu buang! Kalau beli satu box, ada 6 keping = 3 pasang = 3 bulan stok. Aku selalu beli online kat Mrlens.com.my... bagi aku harganya murah sikit atau mungkin aku yang tak jumpa kedai yang jual lagi murah. Aku kan tak la rajin sangat nak survey 10 kedai semata nak beli 1 benda!

2 comments:

  1. skg ni byk promo dah.sy baru buat mase bln pose rm99 multicoated lens. dah 5 tahun tak pakai contact lens..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh ehh murahnya... kena pegi seremban la camni eheheh

      Delete