23 July 2016

Kerjaya Main Lego

Hari tu aku pegi interview position Lego Model Builder. Siapa sangka kan.. benda yang mungkin ada mak2 dulu kata takde pekdah main menatang lego tu akhirnya kini menjadi sebuah kerjaya - kerja main lego hari2.

Aku tak citer ngan sesiapa pun pasal interview ni. For this time being, benda yang menarik pun jadi tak berapa interesting untuk aku ceritakan. Lagipun aku bole rasa aku takkan dapat post tu sebab aku memang zero experiance main lego. Bukan la tak pernah main... dulu kecik2 main jugak lego cousin punya... yeah... pakcik aku mampu belikan cousin mainan camtu.. aku tumpang main je. Mungkin sebab tu aku ada sedikit rasa cenderung nak belikan apa je yang wyna minat bila nampak dia main barang orang lain... semampu yang aku boleh dan sure.. mesti aku pertimbangkan dulu perlu dibelikan atau tidak. Takde la apa je wyna mintak, aku bagi...

Balik citer interview lego. So anggap je la aku tak pernah main. Maka aku tak mengharap apa2. Rasa macam nak cancel interview pun ada. Tapi pujuk diri.. pegi untuk tahu dan just gain another experiance.

Sebelum dapat interview, calon2 hendaklah menyiapkan 3 stage assessment - test skill bermain lego. Ada beberapa orang model builder yang jadi juri dan bagi markah untuk setiap task. Lepas habis assessment tu, keseluruhan markah akan dikira dan beberapa orang yang dapat markah terendah akan disingkirkan. Maksudnya tak sampai ke peringkat interview. Siapa yang lepas.. dapat la ke finale iaitu - interview.

Aku memang tak ada idea bila kena bina model lego. Dibagi sebekas besar lego brick dan element, aku hanya mampu bina tembok segi empat yang tak ada seni langsung. Serius. Imagine boleh. Tapi how to create, macamana nak pasang brick tu jadi macam yang aku bayangkan, aku tak tau. Tak tahu nak pasang! Nervous satu hal jugak.

Aku rasa paling loser masa tu. Tapi takpe.. kan aku datang cuma nak tahu macamana proses diorang pilih lego model builder. Seperti yang aku jangka, aku tersingkir. Orang pertama yang disebut pulak tu. Haha. Tapi aku tak menyesal gigih bangun 5 pagi, datang tepat pukul 8 pagi dan habiskan masa sampai dekat pukul 1ptg. Yang dapat interview tu pukul berapa laa balik yer. Dah la ada candidate yang sanggup datang dari jauh... paling jauh dari sarawak.. fly to jb semata2 untuk interview je. Aku harap dia dapat la post tu. Biar berbaloi.

On the way balik... aku pikir2. Kadang2 rezeki dari ibadah kerja yang aku buat tak semestinya dari big company atau jawatan yang hebat2 seperti yang selalu aku impikan. Cuma rasa rendah diri kalau compare bab kerjaya dengan kawan2 memang ada... segan nak cakap kerja mana.

bila orang tanya - keja apa? Keje kilang. Kawan2 suami tanya "bini ko keje apa?" - jawab keje kilang... then "krikk... krikkk... krikkk"... tergamam laki aku taste low class ke atau kagum macamana bole terpikat kat budak kilang? they have no idea. Bila zuel explain lagi kerja aku yang sebenar, baru la ada idea nak sembang lanjut. Takpe.. itu memang lumrah... tak bole elak orang nak judge atau apa.

Dari penulis,
-Awek kilang jahit uniform-

2 comments:

  1. sy dulu, lego kazen,..masuk dalam poket, bawak balik umah. ketagih nak main punye pasal..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. punca saya belikan wyna lego sebab last year, dia bawak balik 2-3 ketul lego bricks dari umah kawan sy. tu yang belikan jugak. tapi last2 simpan sebab wyna belum betul2 pandai nak main lego...

      Delete