26 July 2016

Guna Duit Anak


nak kata aku setuju pun tak jugak... nak kata tak setuju pun tidak. Sebenarnya tengok keadaan jugak la. Kalau dah memang mak bapak tu susah dalam tempoh masa membesarkan anak2... bole la kot nak pakai. Bukan pakai untuk sendiri, tapi untuk beli keperluan anak jugak.

Cuma jangan la sampai anak tu hilang semangat nak simpan duit. Bila anak dah mula faham.. dia pun ada rasa nak saving. Tapi kalau saving tu asek dikokak mak bapak tanpa ada penjelasan yang betul kenapa mak bapak nak pakai duit dia, mungkin mengakibatkan anak tu lama2 takde semangat nak simpan. Dia pikir "buat apa aku simpan, last2 mak pak aku guna tak berganti pun"

Nak lagi kena herdik bila anak tanya mana pi duit dalam tabung dia... "ko ingat haku nak sangat duit ko? Macam la banyak sangat!" Akhirnya budak ni patah semangat nak menabung... ada duit, dia tak amik tahu. Atau dia belanja.

Kita tengok juga mak bapak jenis macamana. Iya... mak bapak tu martabatnya tinggi. Tanpa mereka takde la si anak tu. Tapi ada sesetengah mak bapak, kerana berpegang pada martabat tinggi ni lah mereka rasa anak tu hak mereka. Sampai duit saving anak masa anak kecik2 pun habis diguna. Lepas tu bila anak dah kerja, katanya nak tumpang senang. Tumpang senang tak salah pun... tapi ada yang nak tumpang macam nak bagi tumbang terus! Ada yang bila anak dah kerja siap2 mintak kena bagi sekian2 jumlah duit, untuk keberkatan kononnya. Kalau tak bagi, mula la tersinggung, mula la cakap pasal takde berkat. Berkat tu datang sekali dengan ikhlas. Kalau bagi tak ikhlas, rasa terpaksa, agak2 berkat tak? Then adakah berkat tu hanya diukur dengan secebis kertas? Padahal ada je mak bapak yang tersinggung jugak anak tak balik jenguk diorang even tiap2 bulan duit berkepuk anak bank in, bole buat pegi haji tiap2 tahun... Berkat ke?

Dalam masyarakat kita ni memang jarang la kita nak cakap pasal silap mak bapak. Sebab martabat mereka mulia sangat, itu tak dinafikan. Even diorang buat salah pun, anak tu kena mengalah jugak, kena maafkan mereka. Tapi kalau mak bapak yang tak pernah mintak maaf kat anak tu macam tak berapa jadi isu pun dalam masyarakat. Senang citer mak bapak mesti selalu betul. Kalau mereka salah pun, anak selalu kena mengalah.

Betul... kalau mak bapak tu kaya... tak adalah nak meminta2 pada si anak kan. Tapi kena ingat jugak, anak tu pun bukan semua dah besar jadi kaya hidup mewah, sampai boleh mampu bayarkan hutang2 mak bapak. Mak bapak hutang, mintak anak tolong bayarkan... kalau anak berharta melimpah, setahun lapan kali keliling dunia, tapi mak bapak merempat, itu lain cerita. Mak bapak merempat tu pun nak check jugak, kot penagih ke, kaki pukul ke, maksud aku, merempat kerana mereka yang membinasakan hidup sendiri, salah anak ke?

Kena fikir lagi kalau anak tu dah ada keluarga... dibawah tanggungan si anak tu ada anak jugak.. dah tu takkan nak ulang cycle yang sama... jadi mak bapak yang guna pulak duit anak sebab nak tolong atuk nenek diorang?

Anak adalah amanah. Anak memang pelaburan ibu bapa. Tapi bukan pelaburan dunia... kita nak pelaburan akhirat. Kalau anak kaya dapat berikan segala harta dunia pun, esok mati tinggal jugak harta2 tu. Tapi pelaburan akhirat adalah anak yang soleh / solehah yang dapat mendoakan mak bapak.
Bila aku lihat mak bapak yang ditinggalkan kat rumah orang tua2... aku tak lekas menghukum. Aku takkan pernah tahu apa yang dah berlaku.

No comments:

Post a Comment