28 July 2016

Berangan mode : Migrate

ramai je rakyat mesia ni berangan nak pindah duk luar negara atas macam2 sebab. macam aku jugak. sebab cuma nampak part indah2 je kan duk obersi, tak tau kat obersi tu nak jumpe lontong kering pun susah... *part makan je ingat!
serius mode on*

tu hari nampak kakak meja sebelah post vacancy. aku terus cakap kat zuel, nak keje KL lah. aku serius ni. mula2 zuel buat lawak, tapi aku cakap, aku serius. kalau tak nak aku pegi sorang, atau dengan anak, dia cari la keje KL. 

macam kawan aku yang baca blog ni cakap, mungkin aku kena cuba hijrah, cari keje kat tempat lain. tapi zuel berat. company dia ade je opis kat KL, bole kot kalau nak mintak pindah opis. tapi dia keberatan. malas nak layan sesaknya KL. lain la kalau opis depan pintu rumah kan. bila aku cakap, susah la cari keje kat JB... sekali berbakul2 zuel sekolahkan aku... huhuhu

aku ada register company, tapi tak run. zuel suruh aku start do something laa... aku pulak jenis banyak je alasan, memang tak gerak2 la kalau camtu (T_T) alasan tak fokus, alasan kalau masih makan gaji, memang tak rasa "comfort" je la... tak rasa nak "push" untuk gain side income. jangan kata nak cari sales sendiri, tu haa... kerja2 editing gambar kahwin, dah lama aku tinggalkan. zuel take over balik. kecuali custom album je aku masih kena buat. itu pun bila "boss" dah bebel baru aku nak siapkan cepat2... member aku suruh amend bunting seciput tu pun amik masa 1-2 minggu... cemana kan...

keje tempat sekarang ni, kadang banyak keje, kadang bole sembang2 lagi ngan opismate. yang penting tak pernah stay sampai malam. pukul 7pm opis dah wajib tutup. cuma lama2 bosan jugak. aku bole stress kadang bile kena lukis benda pelik2 macam ni

ni belum cerita nak buat filem. manual separation lagik... benda2 macam ni la yang bole buat aku naik darah, terpaksa buat benda yang aku tak suka nak layan. tapi dah kerja makan gaji kan, telan je la kau...
ini adalah major task aku hari2. ala2 lukiskan teknikal tentang komponen seluar. ni kalau nak jahit seluar, kalau tshirt, corporate shirt, jacket... semua ada...

Lain2 kerja design macam logo, design catalog, flyers, namecards, itu pun ada... tapi kadang2 je. mostly design benda2 tu semua untuk company sendiri je lah - atas arahan boss aku. project yang on going sekarang ni kena buat katalog kompilasi semua pattern2 t-shirt yang company ni pernah keluarkan. project ke arah bersaing dengan Oren Spot. Siapa biasa tempat baju, mesti tau la brand ni...so kerja design katalog kena siapkan sambil2 aku buat “lukisan teknikal ni” (drawing ni deal dengan sales exec je)... kalau kerja melukis menimbun, lambat laa aku siapak project yang boss suruh.

tahun ni masuk dua tahun aku kat sini.... tengah cari kerja lain. tapi tu lah, bukan senang nak dapat, market dah la kecik, tolak yang wajib cakap mandarin, berapa je la tinggal. kalau bukak jobstreet tu, cuma dapat 2-3 page je vacancy list.

No comments:

Post a Comment