15 June 2016

Kak Yong in Action

aku taip sini... sebab tanak lupa babak yang tak seberapa bagi orang lain mungkin. tapi bagi aku... aku impress....haha. biasa la pengalaman pertama membesarkan anak pertama.... aku agak aku akan ada masalah kalau travel lama dengan syahmi, sebab aku tengok dia bertahan dalam car seat tu dalam tempoh sejam perjalanan je. kecuali syahmi betul2 kenyang dan letih, then akan tido lama dalam car seat.

ok... satu hari, aku balik keje sorang. zuel mc. Kira2 lagi 20 minit perjalanan nak sampai rumah, syahmi dah mula "start enjin".... masa tu aku tengah kocoh2 nak bayar tol. tol kempas dah tak terima cash, totally guna T&G... masa tu T&G aku takde pulak. ingatkan bole pakai cash. tak boleh ruapanya. sibuk la aku keluarkan IC nak top up T&G. serentak dalam kalut tu syahmi menangis manja... Wyna yang duduk seat belakang dengan Syahmi cakap.... "ibuuu... Cami *blablablabla - tah ape benda dia sebut*... nak susu!"

aku jawab laa... "kejap2, ibu nak bayar tol"

agaknya Wyna tengok mak dia ni sibuk cakap2 ngan toll boy tu... ntah bila masa... wyna zasss capai botol susu kat tempat letak botol kat depan... alih2 aku tengok Wyna dah bagi Syahmi susu.... biasa memang takde sedia botol susu pun, botol yang ada tu pun sebab Syahmi baru minum sikit kat rumah babysitter then aku dah sampai nak amik anak2 dari rumah babysitter...

lepas je bayar tol aku senyum2 sendiri... sesuatu yang aku tak jangka Wyna akan buat...

kenapa aku tak letak car seat kat depan je? Since aku pegi balik keje dengan zuel, aku memang duduk belakang ngan syahmi... car seat pun pasang kat belakang la.... bila aku kena gerak sorang, aku malas la nak pasang bukak pasang bukak alih car seat tu ke seat depan. Dia bukan macam car seat baby carrier yang ada handle tu... leceh jugak la nak angkat...

Tapi tengok ragam syahmi sekarang ni rasa next time kena jugak la alihkan car seat tu... senang aku nak control kalau dia meragam... 

1 comment: