14 June 2016

Akulah menantu


Bila baca blog orang sembang pasal menantu memerap kat bilik (read : menantu tak rajin) ni.. aku pun nak sembang gak...

Zuel ada 7 beradik. Masa mula kenal tu macam aaaa scary! Takut la nanti akak2 ipar duai pempuan2 semua jenis kerah ke dapo kan. Mula2 lelaki yang punya adik beradik ramai memang bukan dalam list aku la... haha. Sebab banyak tengok drama realiti kot! ok, aku ni takde la rajin jauh sekali terror bab buat kuih dan masak2... diorang semua time raya pulun masak, pulun baking... ni bulan puasa ni dah start la akak ipar aku buat kuih raya. Siap jual lagi! Aku? Cam biasa la.. kuih tunjuk je reti...

Aku memang ada penyakit nervous kat benda baru. Macam tu jugak bila nak join dengan family zuel. Lepas akak2 ipar dan kenal aku... aku bagitau diorang yang aku ni tak pandai masak, tak pernah baking2 tu semua. So harap diorang jangan laa expect aku ni muka yang boleh diharapkan kat dapo mak diorang. Haha.

Style aku, kalau belum kawin, kalau pegi rumah family boyfriend / tunang, aku memang tak akan tunjuk rajin. Ehhh apa lak tunjuk, memang aku tak rajin pun. Kalau diorang nak anggap aku ni pemalas pun takpe. Sebab aku tanak diorang high expect. Kalau aku ni dah mencapai tahap expectation diorang, aku takut nanti diorang lagi expect more and more and more... ujung2 sekali aku yang stress nak jadi menantu/ipar yang perfect.

Kalau datang makan2 kat rumah dia... aku belikan la apa2. Masa bakal mak mertua sibuk masak, aku kat hall tengok tv je. Lepas tu tolong makan. Lepas makan aku tolong cuci pinggan. Memang takde laa nak tolong2 masak. Lagi aku tak reti pegang harta benda orang kat dapur sehingga diberi kebenaran....

Aku rasa tak semua orang suka ada orang lain kat dapo dia... sapo ni kan macam wilayah jajahan orang perempuan kat rumah tu.... so aku prefer tanak kacau. Even aku sekarang ni pun kalau tengah masak, tak suka ada orang masuk campur. Kadang2 zuel pun kena halau. Abes masuk dapo kalau takat nak komplen, komen, tanya bagai2... stress tau! Haha

Lepas kawin pun aku tak jugak rajin kat dapo kalau balik rumah mertua. Aku ni jenis ikut keadaan. Kalau lauk basah ada.... lepas tu takde sapa kat umah tu yang incharge kat dapo, so aku take over. Kadang2 aku masak sebab zuel yang request.

Biasanya aku akan masak kalau takde akak2 ipar balik sama. Maksudnya kalau cuma aku ngan mertua je yang ada. Aku pernah kena tinggal ngan zuel kat umah mak dia masa baru 3-4 bulan kawin kot... nak tengahari, mak mertua aku suruh bawak dia gi kedai beli lauk mentah, pakai keta adik ipar aku... then lepas dah beli barang dapo tu, aku masaklah. Arwah mak mertua tak kuat sangat dah masa tu...

Selalunya kalau balik kampung ramai2 tu jarang la masak. Akak ipar jenis beli je lauk siap. Masing2 balik kampung bukan nak melepak tapi nak merayap. Pegi town la.. pegi melaka la... dah siapa pulak yang nak masak2 pastu perabiskan lauk tu...

Aku ada 2 orang akak ipar yang aku rasa diorang ok je ngan aku. Tak tau la kalau ada komplen belakang2 ke... sorang rajin beli je lauk2..mungkin sebab dia bekerja. So dia memang tak kisah pasal aku rajin ke dapo ke tak...  lagi sorang memang pandai masak sampai tahap anak memang tak lalu makan kat luar. Mesti nak homecooked. Dia housewife, so hari2 masak. Peti sejuk memang pack selalu. Walaupun camtu, kalau balik kampung, jarang diorang ni masak2... biasa tapau dari rumah, atau beli. Even kenduri kat kampung pun order catering je. bukan aku tak tanya nak masak ke... ape ke... akak2 kata tak payah masak. apa lagi la kan... haha. Itu sebab aku cuma masak kalau aku anak beranak je kat sana...

Paling aku ingat, aku masak lauk raya. Masa tu akak ipar semua turn rumah mertua diorang, yang ada cuma aku, pak mertua ngan adik ipar yang masih single (laa ni dah kawin laa..) takde siapa masak lauk pagi raya. Maka akulah yang masak. Sedap tak sedap... bedal je la masak. Akak ipar cuma singgah malam raya, tinggalkan lauk pauk raya yang dia order je dari catering. Lauk raya pun order haa.. agaknya pasal aku ni tak boleh diharap sangat masak2 kat dapo, tu yang dia pakai order je. hahaha

kalau balik kampung tu takde la aku memerap kat bilik. rumah zuel memang takde bilik khas untuk kami. rumah aku, ada la bilik aku dulu ngan bilik tamu kat tingkat bawah tapi pun tak lepak bilik. anak beranak lepak depan tv, tido pun depan tv. kira memerap la aku depan tv... bole camtu? 

No comments:

Post a Comment