22 May 2016

Site Visit

Aku baru balik dari site visit kindergarten untuk Wyna next year. Tak la banyak tadika yang aku pegi... just tengok2 4 buah tadika je. Itu pun 2 bukak, 2 tutup. 1 tutup sebab semalam ada sports day. So hari ni tak sekolah. 1 lagi tutup sebab tadika tu beroperasi ikut Isnin-Jumaat. Gomen Johor kan keje Ahad-Khamis. Mostly tadika ni ikut hari kerja gomen lah....

So dapat jumpa 2 jenis tadika je. 2 jenis yang jauh beza dari semua segi. Bole la cakap.. 1 tadika mahal, 1 tadika murah. Beza yuran lebih dari separuh! Huhuhu.

Ok.. yang aku nak cerita ni yuran untuk FULL DAY. kang ada lak yang compare ngan yuran untuk kelas sahaja... memang laa agak murah kot. Yang tadika murah tu aku rasa standart yuran tadika swasta yang biasa. Maksud "standart biasa" tu yang yuran dia around rm100-rm300 termasuk day care - dari pagi sampai petang anak ko duduk kat tadika tu.

Tadika murah yang aku pegi... cara pembelajaran, silibus, suasana kelas, tak jauh beza macam tadika2 lain. Mungkin beza sikit je dari segi subjek dan jadual.

Dah yuran pun murah... takde apa la yang "wow" sangat kat situ. Ala2 macam tadika masa aku kecik2 dulu je... bayar murah takkan nak expect tiap2 kelas pakai aircond. Tapi budak memang ramai. 1 building tadika tu ada seramai 170 orang budak dari 4-6 tahun. 

Bezanya tadika ni waktu kelas dari 8am-4pm termasuk waktu rehat dan tido. Day care start 4pm-6.30pm... berbanding tadika lain, selalunya kelas sampai tengahari je, lepas waktu tengahari dah kira day care. Masa aku datang, kelas masih berjalan. So bole tengok macamana kelas kat tadika tu.

Satu lagi ialah tadika yang mahal lagi famous.... Tapi yuran mahal pun sepadan ler dengan apa yang anak ko akan dapat, tadika cantik, luas dan selesa, fully aircond, hygiene terjaga. Aku tengok kat pintu kelas siap ada hand sanitizer pump. Toilet pun bersih, siap tempat amik wuduk. Tetiba wyna nak terkencing masa kitorang tengah sembang2 ngan cikgu.

Of course cara pembelajaran pun menggunakan pendekatan yang jauh beza dari tadika lain, cikgu approach one to one - ajar seorang demi seorang. so takde anak yang tertinggal... setiap budak berbeza-beza, sebab tu diorang buat macam tu.

ada macam2 lagi aktiviti yang tak terdapat kat tadika biasa. Contohnya buat aktiviti berasaskan sains. Buat experiment kecik2. Anak takkan belajar satu subjek atau buat aktiviti kat satu tempat je. Kat tadika tu, anak akan banyak bergerak ke sana ke mari...mungkin sebab tu takde meja dan kerusi nak duduk ramai2 dalam satu masa. Lapang je. tadika tu tak ramai budak, around 90 orang saja. Dan yang amik day care dalam 40-50 orang. Masa aku datang tu, dah habis waktu kelas. kelas semua dah kosong... budak2 day care tengah tido kat tingkat lain.

Antara yang menarik bagi aku, tadika ni latih anak solat dhuha setiap pagi, bagi yang masuk day care, stay sampai petang, kena solat zohor sekali. Solat asar tak sure pulak...lupa nak tanya. Hehe

Tapi yuran full day sangat mahal bagi aku. Total registration fee pun dah RM1.8k++. Monthly fee kalau darab ngan 11 bulan, nangis gak la. Kang kalau anak tak pandai jugak kang mak menaga pulak. Maklom la...dah invest beriban kat tadika je. Hahaha

Itu baru 1st year punya cerita. Kalau dah umur 5 tahun masuk tadika mahal, umur 6 tahun mesti nak sambung kat situ jugak. Memang laa kalau bole kitorang nak yang paling best untuk anak...aku pun suka kalau dapat hantar wyna, tapi rasa tak mampulah... Huhuhu lagi.

Kalau lah kemas / perpaduan / prasekolah ada day care, mungkin kami hantar kat situ je.

No comments:

Post a Comment