12 May 2016

Ibu! Ibu! Ibu!

Selamat hari ibu...

Ok tau lambat. Tapi apa yang aku nak sembang sikit ni pun pasal "ibu" jugak la.

Hari ni aku EL.... Syahmi tetiba malam tadi demam. Tido pun sekejap2 terjaga. Nak melekap manjang. Tapi tak crancky. Siap awal pagi muntah susu pun bole tiarap gerak2 lagi...

Pukul 4 pagi lebih sikit, aku salin pempers dia, berat. Padahal sebelum tido dah salin baru. Selalunya aku check awal pagi masih agak ringan. Maknanya memang banyak melekap all the nite. Aku rasa banyak kali aku terjaga.

So stay at home. Jaga Syahmi dan Wyna pun tak pegi rumah babysitter. She is a big girl now. Kalau nak minum air, dah bole amik cawan, pi basuh ala kadar, pi tadah air dari water dispenser. Aku memang sediakan bangku tinggi untuk wyna panjat kat sinki. At least kalau setakat nak basuh tangan tu, aku tak perlu teman lagi.

Hari ni aku bangun awal jugak macam biasa even aku ada chance nak bergolek2 dengan anak2. Sebelum anak2 semua start meragam, 1st aku masak sup pasta ayam siap2. Since aku tak banyak masa, aku masak seringkas yang boleh. Sebab dalam keadaan Syahmi demam tu, agak susah nak berenggang. Sometimes, aku letak Syahmi kat baby high chair, teman aku kat dapo. Senyap sikit dia.

I just wonder... how laa kan mak2 bf yang anak tamo lekang dari mak dia. Nak mak baring je neman. Kalau dah tido... omak bangun la pi buat kerja, sat gi anak pun terjaga... geram jugak kan? Haha. Cuba omak sama2 tido ngan anak tu... pehh lama dia tidoo. Tu yang orang yang tak paham kata - omak pemalas. Anak tido omak pun tido. Bukan nak bangkit pi masak ka... sidai baju ka... menyapu kaa... padahal omak baru bukak 10 langkah, anak pun dah huwaaaaa....

Ok... wyna. Biasa la budak 4 tahun yang omak dia bekerja. Bila aku ada kat rumah... aku rasa sehari ada 100 kali sebut ibu kot. Kejap ibu! Nak etc etc etc..." lepas tu "ibu! Ibu!... ni ape?"... lagi karang "ibu! Ibu! Ibu!!!"

Selagi tak jawab makin kuat dia panggil. Kadang2 kalau sabar tu tengah tipis, memang nak jerkah je rasa... yelaa kalau dah kejap2 panggil time aku tengah sibuk, mau tak tertekan emosi? Haha

Bila aku dah mula rasa nak high pitch je... cepat2 aku ingatkan diri sendiri
"masa ni la anak ko nak panggil berkali2... this moment takkan berulang... sampai satu masa nanti dia dah tak panggil ko macam tu lagi... atau ko nak ke tetiba anak ko dah tak dapat panggil ko lagi camtu?"

Terus tak jadi. Tahan je la telinga anak dok panggil2... nak minta perhatian. Well.. walau mothers day, bukan maksud hari bercuti untuk para ibu. Seorang ibu takde rehat masa anak2 dalam tempoh membesar. Once sampai masa mereka dah ada life sendiri... mesti aku juga akan rasa sunyi kembali. So... dengar dan peluklah anak2 sementara diorang masih perlukan aku.


2 comments:

  1. Same.same. same. Dia punya berleter tu, smpi kita plak blank. Pandang je muka dia. Sbb kekadang kite pon x tau nk jawab ape.
    Wyna dh pndai cuci cawan??? Cepatnye dia besar...lame x wasap. Masing2 bz...😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. bilas2 cawan bekas air kosong tu bole la.. hehehe

      Delete