05 May 2016

Have A Break

SHIMA

hari pekerja - cuti. kami sekadar keluar amik angin. nak makan angin, tabung belum penuh lagi. haha. since anak dah dua ni, amiklah sorang satu, siapkan. aku sediakan pakaian wyna, nanti zuel tolong pakaikan sementara aku settlekan syahmi dan bersiap. 

tetiba....

zuel - "ok.. dah siappp! cantik SHIMA! eh! SHIMA mana pulak"
aku - mmm... SHIMA mana pulak tu banggg!

KALAH DENGAN KUMBANG

di suatu hari ketika selepas berkumandang azan zohor... aku nampak kumbang ke penyengat besar ibu jari kaki aku (sambil tengok ibu jari kaki) dia terbang dalam kawasan saf wanita. lepas tu keluar. fuh... lega. usai wuduk, aku masuk ke saf wanita, nak pakai telekung, zasss dia lalu depan muka aku. terkejut! kalau ada candid camera, mesti mimik muka aku dah kena gelak.

dalam aku siap2 nak solat, aku makin tak tenteram bila kumbang tu merayau sana sini... ada ketika seolah dia mengejar aku. aku sorang2 je dalam saf wanita tu. so... bole bayangkan tak how aku dok elak2 kumbang tu dengan pakai telekung...

....last2 aku bukak telekung. tak jadi solat. cemana aku nak solat dalam keadaan tak tenang, lagikan nak kusyuk. simpan telekung. aku keluar pegi masjid jamek (tadi tu kat sebuah surau). la ni kerap la aku berdoa lepas ni dapat kerja yang ada ruang solat. kadang2 tu aku bukan nak keluar sangat time lunch hour... keluar pun sebab nak pi cari surau. surau kat area2 sini pun... hmm...  lagi lepas ni nak puasa...

oh ye, waktu bekerja di bulan puasa tetap macam biasa, so gunakanlah waktu rehat sejam tu sebaik2nya... 

>>> lemahnya iman, dengan kumbang pun kalah.

PEMBALUT PINGGANG

aku mintak izin kat zuel nak beli SSC untuk dukung syahmi. ada few choice yang aku pernah tunjuk beserta harga... huhu. then...

....kami pegi kedai barangan bayi. aku nak beli plastik susu. sementara zuel survey jumperoo / exersaucer / walker tanpa roda kat level lain. aaaaaa.... bukan niat nak bagi syahmi cepat jalan ke apa... just nak bagi syahmi option to have fun bila dah penat bergolek... dah berapa kali golek2 pastu menjerit bila stuck tepi sofa, tepi katil... 

ada la satu jenis jumperoo ni, aku tengok harga pastu cakap kat zuel "hmm mahal la" (rasa sayang duit nak beli haha)

then zuel kata "hmmm benda untuk anak cakap mahalll, dia beli BENDA PEMBALUT KAT PINGGANG tu, tak pulak cakap mahal.... aku balas "yela2... nak beli belilah banggg..." duit dia kan... tapi tak beli pun... haha

well, lelaki memang tak paham. jadi kita maafkan je. antara SSC ngan jumperoo tu, mesti la aku cakap jumperoo tu mahal. benda tu untuk main je. PEMBALUT PINGGANG (read : SSC) adalah keperluan bagi emak dan pak gendong anak tanpa lenguh dan anak pun selesa.... 

>>> SSC - susah payah sebut "pembalut kat pinggang"... ingat bengkung ke?

TEMPURUNG KUKUS RAMBUT

suatu malam, sebelum bersiap2 nak tido. aku rasa rambut aku agak berminyak. rasa macam nak syampoo sebelum tido...

... aku cakap kat zuel "hmm.. nak cuci rambut lah" - aku cakap ni maksudnya aku maybe lama sikit dalam toilet + nak wuduk + gosok gigi... 

zuel - "pegi la... cuci rambut dalam tempurung tu"

I was like "err? ape tu cuci rambut dalam tempurung?"

zuel : ala.. mangkuk serkop kepala kat salun rambut tu... haa... untuk kukus rambut

oh. ok. fine. tapi aku cuma nak cuci rambut kat bilik mandi je... agaknya zuel ingat aku nak pegi saloon rambut kot. tapi.. benda tempurung kukus rambut tu namanya apa?

1 comment:

  1. Amboi .. buat kambek siap dengan kompilasi ..
    HEhee..

    ReplyDelete