13 May 2016

Bawak gi klinik tak?

"Anak ko dah ok?"

Member aku tanya bila aku datang keje hari ni.

"Ok je... dah ok la... "

"Ko bawak gi klinik?" Soalnya lagi.

Otak aku celaru pikir nak jawab ape...
".... er takde.... aku tengok dulu demam dia berapa lama... lagipun demam nak selsema je..."

Member aku diam

Krikk... krik... krikk... Dia blah...

Kadang2 aku masih ada ragu2 nak menjawab kalau ada orang tanya pasal anak. Terima kasih amik berat. Cuma aku takut orang judge bukan2...

Takut orang cakap...
"Ade ke anak demam tak bawak jumpe doktor?? Tak sayang anak ke apa..."

Tak cakap kat mulut pun, ntah2 terlintas kat hati mana aku tau...
Huhuhu

Aku memang camni. Dari zaman wyna baby lagi. Kalau anak baru demam, memang aku observe je kat rumah dalam 2-3 hari. Buat tepid sponging. Mandikan. Pantau suhu. Check apa sebab demam. Demam adalah signal badan sedang melawan jangkitan bakteria atau virus. Paling penting BF! BF! BF!... tu sebab kalau anak demam aku kena cuti, biar dia nak melekap berapa lama pun....

Kalau anak demam sebab selsema biasa, still aku buat home remedies je. Melainkan ada tanda2 yang perlu dianosis doktor... macam wyna batuk2 dulu ada bunyik wheezing... aku bawak jumpe doktor. Doktor bagi surat refer paed kat Columbia Asia. Kena neb sekali.

Wyna pernah demam yang suhu tak turun2... Then terus aku bawak jumpa doktor. Sebab aku tau ni bukan demam biasa2. Doktor cakap demam sebab otitis media. Orang tua cakap "telinga torek".

Kadang tanggapan orang buat aku rasa bersalah. Pernah wyna demam kat rumah akak ipar.... bising dia suruh lekas2 bawak pegi klinik. Zuel pun mula2 cakap tak payah dulu... tapi nak elak orang salah anggap so kita bawak jugak la. Dapat la ubat bagai2 tapi aku bagi sekali dua je... masa wyna bawah 2 tahun, aku cuba elak terlalu bergantung pada ubatan. Ubat adalah pilihan terakhir kalau dah takde pilihan. and now Alhamdulillah, wyna dah 4 tahun, kalau demam selsema biasa tu tak payah bagi ubat. InsyaAllah fast recovery tanpa ubat.

Cerita aku bukan untuk pengaruh sesiapa yang baca ni. Ni cuma luahan rasa je... apa2 yang aku decide untuk anak aku (nak bawak pegi klinik atau tak) berdasarkan tahap kesihatan diorang, sedikit ilmu dan secubit naluri seorang emak. Anak aku ngan anak orang tak sama... so nak jumpa doktor atau tak tu bergantung pada kesihatan anak masing2...

Morale of the story :
Just ignore the judgement

No comments:

Post a Comment