21 April 2016

SUSU IBU, Berapa Banyak Ialah Banyak?

Tatkala melihat gambar susu ibu perahan.. "banyaknya susu dia! kenapa aku tak dapat banyak camtu?"

PM makngah..."kakngah kenapa susu saya sikit? saya try pump dah mcm2 cara. power pumping lah, tandem lah, makan minum pun jaga, tapi susu sikit. Tengok orang lain tu banyak gila susu"

Mula2 makngah tarik nafas (rolled eyes). Lepas tu lepaskan soalan bertubi2. Yes you wont get smiley emoticons or hugs ketat ketat from me.

1. Anak umur berapa?
2. Anak minum brp oz sehari?
3. Sekali minum brp oz?
4. Berapa jumlah perahan sehari?
5. Berapa stok yang dah terkumpul?
6. Pernah defisit atau sentiasa surplus?
7. Tengok susu siapa yang buat banding?
8. Tahu ke umur anak mak tu?
9. Tahu ke jawpan pada soalan 1- 6 perihal mak tu?


Jika makngah dapat jawapan seperti contoh dibawah pada soalan2 diatas..maka yang bertanya tu akan dapat libasan tube pump secara lite lite.

1. Anak umur 10 bulan
2. 15oz
3. 3oz
4. purata dalam 16oz. kadang lebih. kadang kurang
5. ada la sikit dalam df dalam 500oz
6. Biasa ngam2. kadang ada lebih. masa period kadang guna stok.
7. kawan selalu share kat group
8. rasa dalam 4 bulan lebih.
9. tak tahu.


Dari contoh skrip jawapan di atas jelas menunjukkan mak ni takde masalah supply pun. pelepiapppp libas sikit. So apa masalahnya? Masalahnya ialah buat perbandingan dengan supply orang lain. Sah sah demand anak dia lain. Makngah pun tak faham kenapa nak banding? kenapa nak risau sedangkan takde masalah supply pun. Sendiri cari punca stress dah kenapa? libas sekali lagi pelepiaapppp..perit tak?

Jadi mak mak sekelian, jangan sekali kali bandingkan hasil kita dengan orang. Pegang 1 perkara je. Susu kita mesti cukup untuk anak kita. Kalau dah cukup ok lah tu. Tak payah risau sangat kenapa stok aku tak cecah 5000oz ni.. kenapa aku pam tak dapat 50oz ni.. feed the baby lah konsepnya not the freezer.

Ingat tu.. tak payah nak banding2. Simpan le kepochi utk benda lain.

C&P Angah Haslina
‪#‎therealmakmakgarang

No comments:

Post a Comment