21 April 2016

...... ke mana destinasi seterusnya?

misi mencari keje lain... walau orang kata sekarang ni bukan masa yang sesuai tukar kerja, aku percaya rezeki tuhan. tapi tak nafikan, ekonomi tak bagus. company banyak buang pekerja, termasuk la tempat keje zuel. kalau nak cut cost, maka buanglah pekerja yang bergaji besar. so, yang kena buang tu level2 manager. zuel pun cuak, bimbang terseret sama dengan pemberhentian boss dia... moga tuhan masih panjangkan rezeki kami... atau kurniakan rezeki yang lebih baik... 

aku? kenapa nak resign? sebab tak seronok. aku pernah seronok dengan kerja dulu. sebab tu tahan 5 tahun. seronok duduk dalam comfort zone. tapi aku keluar kerana......

lain sebab... tak happy kerja. dapat task pun kadang rasa nak flip table. tak suka. tambah perisa EPF tak masuk. kat slip gaji potong epf, tapi kat statement takde. bil letrik pun tertunggak beriban, lagikan EPF. aku rasa boss menyesal agaknya offer gaji yang sekarang ni kat aku. haha. 

kadang rasa give up, rasa nak berhenti, duduk rumah je. apa yang buat aku masih gigih kerja ni pun sebab komitmen nak bayar rumah family. kalau tak sebab tu, besar kemungkinan aku dah resign. give up sebab makin rasa susahnya nak cari keje (dalam bidang aku) kat JB ni. Market kecik, demand ramai. tolak market yang perlukan “chinese language” is a must, apa je yang tinggal. kalau tengok iklan kat mudah lagi sedih tengok tangga gaji. aku lak makin tua. rasa macam orang tanak dah amik orang tua kot.

.....lagipun aku pikir gak sampai bila nak makan gaji jadi designer je ni...  ni bukan KL yang ada peluang nak kembangkan kerjaya...

2 comments:

  1. Cuba lah berhijrah ke tempat lain, mana tau rezeki ada kt tempat lain.. KL misalnya. Kalau nak kata sara hidup tinggi, rsanya kL ngn Jhr tak bnyk beza kot kos sara hidup. cuma kat sini byk peluang. Akak doakan yg terbaik buat Ain sekeluarga. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I wish to... cuma yerlah, bukan saya bole hijrah sorang2... kalau boleh, bukan KL je... UK pun nak... haha

      Delete